1.Warga emas rogol OKU
Seorang warga emas yang kemaruk seks sanggup merogol seorang wanita kurang upaya berusia 29 tahun dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak lama berhampiran Kampung Kepala Batas, Tumpat. Suspek yang berusia 63 tahun dikatakan merogol mangsa yang menghidap Sindrom Down sebanyak empat kali sejak akhir tahun lalu hingga awal tahun ini.
Kejadian hanya disedari adik mangsa yang berusia 26 tahun apabila mengesyaki kakaknya itu mengalami beberapa perubahan pada fizikal selain tidak datang haid. Akibat rasa curiga, adik mangsa membawa kakaknya ke Klinik Kota Bharu untuk menjalani pemeriksaan pada 18 Jun lalu dan dia disahkan mengandung lima bulan.
2,Wanita warga emas urus rumah pelacuran
Seorang wanita tua berusia 67 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menguruskan sebuah rumah pelacuran, kira-kira lima tahun lalu.
Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Lai Yoke Yin selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan.
Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Lai Yoke Yin selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan.
Lai didakwa menguruskan sebuah premis untuk digunakan sebagai tempat persundalan di alamat No 2401, Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan, di sini, pada pukul 4 petang, 6 Disember 2004.
MyMetro