Saturday, June 27, 2009

Zambri ....Oh Zambri ...... Kenapalah kau semacam ini

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari meminta PAS berhenti mengkritik Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana tindakannya menegur parti itu berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata Harussani tidak sepatutnya dikritik kerana beliau bukan ahli politik dan tegurannya adalah ikhlas iaitu beliau tidak bersetuju terhadap keputusan PAS menolak rundingan dengan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

DS Zambri ini pun bangang jugak. Yang dia
(Mufti) buat teguran terhadap keputusan PAS menolak rundingan dengan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu adalah soal politik. Kalau Mufti boleh cuba menegur hal politik kenapa dia tidak boleh ditegur dan dikritik oleh orang politik ???????

Ini soal politik dan tiada kaitan langsung dengan tugasnya sebagai seorang mufti. Tumpukan kepada tugas dan tanggong jawap sebagai seorang Mufti dan juga jangan takut untuk mengkritik kerajaan Barisan Nasional jika terdapat perkara yang patut dikritik.


Hanya 5 Hakim akan Mendengar Rayuan DS Mohd Nizar Jamaludin

Kes rayuan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin berkaitan dengan status Menteri Besar Perak hanya akan didengar oleh 5 orang hakim kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan beliau untuk kes tersebut didengar oleh 11 orang hakim. - Malaysiakini

Penghakiman Bertulis Mahkamah Rayuan Kes MB Perak

PUTRAJAYA: Tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah betul kerana dewan itu baru sahaja berumur setahun, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Raus Sharif.

Dalam penghakiman 49 muka surat bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan hari ini, Hakim Raus berkata bagi membolehkan dewan itu dibubarkan mengikut Artikel 36 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak seperti yang dimohon oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dewan itu perlu menamatkan tempoh lima penggal apabila satu pilihan raya bakal diadakan.

"Faktanya sudah diketahui umum bahawa pilihan umum baru sahaja diadakan setahun lalu," katanya dalam penghakiman bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan Jumaat.

Hakim Raus berkata peruntukan yang dipohon Nizar adalah tidak betul apabila memohon supaya dewan dibubarkan.

Dalam penghakimannya, Raus berkata Nizar telah memohon pembubaran itu mengikut Artikel 36, yang adalah peruntukan biasa yang memberi kuasa kepada Sultan untuk memprorog atau membubarkan dewan selepas tempoh lima penggal berakhir.

Dalam penghakimannya hari ini, Raus berkata persoalan Perak mempunyai dua menteri besar tidak timbul dan ini kerana Artikel 16 (6) menuntut bahawa sebaik menteri besar itu tahu beliau tidak mendapat keyakinan di kalangan anggota dewan, beliau sepatutnya mengambil langkah yang terhormat dengan meletakkan jawatan.

"Jika menteri besar enggan atau tidak menyerahkan peletakan jawatannya dan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, seperti dalam kes ini, ia tetap kekal bahawa Ahli Majlis Mesyuarat telah dibubarkan (yang termasuk menteri besar) bahawa majoriti angota dewan telah hilang keyakinan terhadap menteri besar itu." katanya.

Oleh itu, Raus berkata oleh itu Sultan tidak perlu untuk menyingkirkan Nizar dan anggota lain majlis mesyuarat kerajaan.

Katanya pelantikan Dr Zambry dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan amalan demokrasi.

"Sultan Perak, dalam menjalankan kuasa prerogatifnya mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, adalah bebas untuk melantik menteri besar yang lain menggantikan Nizar," katanya.

Raus berkata Sultan, bagaimanapun, mesti melantik seseorang yang mendapat keyakinan majoriti anggota dewan negeri dan dalam kes ini, tidak syak lagi Dr Zambry mendapat sokongan majoriti daripada 31 daripada 59 anggota dewan.

"Keadaan dalam kes ini jelas menunjukkan bahawa pada 5 Feb, Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada anggota dewan negeri. Surat yang menyatakan sokongan 31 anggota dewan kepada Barisan Nasional telah diserahkan kepada Sultan Perak," katanya.

Dalam penghakimannya, Raus berkata Artikel 16 (6) tidak menunjukkan keperluan mandatori bahawa usul undi tidak percaya yang diluluskan oleh dewan terhadap seorang menteri besar sebelum ia gagal menguasai keyakinan daripada majoriti anggota dewan.

"Sebenarnya apabila seorang menteri besar gagal menguasai keyakinan daripada majoriti anggota dewan boleh ditentukan dengan cara lain. Ia tidak perlu semata-mata bagi undi yang dibuat di dalam dewan," katanya.

Sementara itu, Hakim Ahmad Maarop, yang bersidang dalam kes itu bersama Raus, dan Zainun berkata Nizar mesti meletak jawatan sebaik gagal mendapat keyakinan majoriti anggota dewan dan apabila Sultan enggan memenuhi permohonannya untuk membubarkan dewan.

"Keenganannya untuk meletak jawatannya dan anggota Majlis Mesyuarat kerajaan bukanlah satu pelanggaran konvensyen dan tidak demokratik tetapi lebih penting, ia melanggar arahan perlembagaan mandatori di bawah Artikel 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri dan oleh itu tidak berperlembagan.

"Oleh itu, oleh kerana ia tidak dapat menguasai keyakinan majoriti anggota dewan, ianya tersirat bahawa keenganannya untuk meletak jawatan, anggota majlis mesyuarat kerajaan adalah terbubar dan jawatan menteri besar dikosongkan.".

Ahmad berkata beliau juga berpandangan bahawa kuasa Sultan untuk membuang menteri adalah tersirat semasa menteri besar enggan meletak jawatan walaupun ia gagal mendapat keyakinan majoriti dan Sultan menggantung permintaannya untuk membubarkan dewan.

"Dalam penghakiman saya, keadaan yang dihadapi Baginda di Perak adalah satu-satunya keadaan dan baginda dalam keadaan kritikal telah melaksanakan kuasa perlembagaannya mengikut undang-undang tubuh negeri, yang telah dilaksanakan tanpa ragu-ragu, semata-mata untuk kepentingan rakyat negeri Perak," katanya.

Penghakiman Datuk Zainun Ali pula akan dikeluarkan pada Isnin.

Pada 22 Mei, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim yang bersidang diketuai Raus membenarkan rayuan yang dibawa oleh pesaing Nizar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan memutuskan bahawa Dr Zambry adalah menteri besar Perak yang sah.

Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permintaan Nizar untuk membuat rayuan pada 9 dan 10 Julai.

Mohamad Nizar dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihan raya umum ke-12.

Tidak sampai setahun, mereka kehilangan tiga anggota parti yang mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Nizar untuk meletak jawatan dan melantik Dr Zambry selepas mendapati bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan negeri.

Berikutan itu, Nizar memohon supaya mahkamah mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar. - Bernama

Friday, June 26, 2009

Proton Kerugian AS$ 5.78 juta dan Najib yakin Proton Boleh Menang dalam Kes Dengan Goldstar

(Bernama) -- Kegagalan projek usaha sama Proton Holdings Berhad (Proton) dengan Goldstar Heavy Industrial Co. Ltd (Goldstar), Dongguan, China, mengakibatkan Proton kerugian kira-kira AS$5.78 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerugian itu juga merangkumi modal pusingan

Lim Lip Eng (DAP-Segambut) bertanyakan mengapa projek usaha sama Proton dengan Goldstar di Dongguan, China gagal, dan nilai kerugian yang dialami Proton serta kemungkinan Proton boleh menang dalam kes tindakan undang-undang yang diambil oleh Goldstar di Singapura.

Najib berkata pada amnya, Proton mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya dalam prosiding timbang tara tersebut kerana tindakan Glodstar memulakan prosiding mahkamah di Mahkamah Rakyat di Dongguan City, jelas bertentangan dengan perjanjian.

Ulasan.

Najib jangan ingat ini prosiding diMalaysia yang mana pemerintah boleh mempengaruhi apa apa keputusan. Prosiding ini di Mahkamah luar negeri. Ingat tak kes Pulau Batu Putih. Rais yatim kata Malaysia berpeluang untuk menang tetapi kita kalah.

Kalau kes di Malaysia boleh lah mendabik dada boleh menang sebab ada kuasa kuasa yang berada dibelakang apabila membuat keputusan.

Pemuda Pakatan serah memorandum tuduhan liwat Anwar diGugurkan

Pemuda Pakatan Rakyat pagi ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Peguam Negara supaya pertuduhan jenayah liwat kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Akin kepada wakil Pejabat Peguam Negara di sini, jam 11.45 pagi.

Thursday, June 25, 2009

Poster Hadi dinaik di Manek Urai

Poster presiden PAS akan dinaikkan dalam kempen pilihanraya DUN Manek Urai apabila penamaan calon bermula 6 Julai ini, kata pengarah pilihanraya PAS Kelantan. "Setakat ini belum dinaikkan. Kita akan naik selepas penamaan calon termasuk poster calon," kata Abdul Fatah Harun kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung isu poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih tidak dinaikkan sempena kempen pilihanraya kerusi tersebut sehingga membuka pelbagai tanda tanya.
Setakat ini, PAS Kelantan hanya menaikkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar, dalam strategi "melokalisasi" kempen tersebut berbanding Umno yang didakwa menggunakan taktik "menasionalkan" kempen mereka.

Ditanya sama ada terdapat arahan terbaru supaya poster tersebut dinaikkan secepat mungkin, Abdul Fatah berkata:
"Tak perlu tunggu arahan... poster tak sampai lagi."

Tambahnya, poster-poster tersebut kini sedang dicetak di Kuala Lumpur.
Abdul Fatah juga menolak dakwaan bahawa poster Abdul Hadi tidak dinaikkan kerana tokoh tersebut dikaitkan dengan kerajaan perpaduan – bertentangan dengan sikap Nik Aziz yang berkeras menolaknya. Katanya, perkara itu "tidak berbangkit" seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Malaysiakini

Pelajar sekolah agama dibelasah disaksi 80 pelajar

KUANTAN: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga pengsan selepas dibelasah empat pelajar senior dengan disaksikan kira-kira 80 pelajar lain dalam surau sebuah sekolah agama di Rompin, awal pagi semalam.

Namun, tiada seorang pun di antara kira-kira 80 rakan sekolah Mohd Ashraf Abdul Aziz, 15, yang menyaksikan kejadian itu datang membantunya.

Menurut abang ipar mangsa yang enggan dikenali, dalam kejadian jam 1 pagi itu, lampu surau ditutup selepas kesemua pelajar selesai menunaikan solat sunat witir sebelum Mohd Ashraf dibelasah teruk oleh keempat-empat pelajar lelaki berusia antara 16 dan 17 tahun tanpa sebab.


Beliau mendakwa ekoran kejadian itu, mangsa pengsan selain mengalami kecederaan di bahagian muka, badan dan lengan.

"Pihak sekolah yang menyedari kejadian itu kemudian menghantar"Mohd Ashraf ke klinik selepas diminta oleh ibu mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata keluarganya telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu semalam namun menarik kembali laporan itu pada hari yang sama selepas berbincang dengan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Sementara itu, Pengetua sekolah itu, Nasiruddin Mohamed Yusof berkata pihaknya telah mengambil tindakan membuang keempat-empat pelajar terbabit dari asrama sekolah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Razali Razak mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, polis tetap akan menjalankan siasatan walaupun keluarga mangsa telah menarik kembali laporan polis yang dibuat. - Bernama

Tuesday, June 23, 2009

BETUL KE !!!!! ... Kerajaan akan ambil tindakan sewajarnya kes penangkapan peguam .

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kes penangkapan lima ahli Majlis Peguam Malaysia dari Biro Bantuan Guaman Kuala Lumpur di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap bidang kehakiman akan memastikan “rule of law” atau kedaulatan undang-undang negara ini sentiasa diutamakan.

"Perkara-perkara yang dilihat dilakukan secara tidak menghormati “rule of law” sepatutnya tidak berlaku di negara kita yang dianggap sebagai sebuah negara yang maju," katanya di Lobi Parlimen di sini, hari ini.


Sebelum itu, beliau menerima memorandum mengenai penangkapan tersebut daripada Majlis Peguam yang diwakili Presiden Ragunath Kesavan.

Turut hadir ialah lima peguam yang terbabit iaitu Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalilwal, dan Syuhaini Safwan.

Nazri berkata, beliau akan memaklumkan perkara-perkara dalam memorandum tersebut yang berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri kepada menterinya, Datuk Seri Hishammudin Hussein.

"Ada perkara-perkara dalam memorandum ini yang perlu diperhalusi oleh beliau dan juga untuk beliau mengambil tindakan," katanya.

Lima peguam itu ditahan di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei lalu ketika cuba berjumpa dengan tahanan yang terbabit dengan protes penangkapan aktivis, Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokannya. - Bernama


Monday, June 22, 2009

Tangisan Yang Menyayat Hati .

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah membuat keputusan dan bersepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional. Pakatan Rakyat mengambil keputusan menolak idea kerajaan perpaduan selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sejam di Parlimen hari ini.

Membacakan kenyataan selepas mesyuarat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."

Penyokong Barisan Nasional dan Umno yang dahulunya terlalu amat gembira kerana dijangka dapat memecah belahkan PAS dan memporak perandakan kerjasama PAS dan Pakatan Rakyat berasa amat terkejut atas penolakan Pas dan ada diantaranya menangis tiada terhingga atas kegagalan Umno ini. (lihat gambar).




Kesian ........... UMNO /BN Gigit Jari

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Malaysiakini

Sunday, June 21, 2009

Anwar minta pemimpin UMNO bersikap jujur

SHAH ALAM – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan UMNO perlu bersikap jujur sekiranya mahu berbaik semula dengan Pas bagi menjayakan matlamat kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, UMNO tidak seharusnya bersikap hipokrit dalam isu kerajaan perpaduan antara Pas dan Barisan Nasional. Beliau berkata, UMNO perlu bersedia untuk mengakui kesalahan mereka yang lalu, termasuk penindasan terhadap Kerajaan Kelantan juga Menteri Besar negeri berkenaan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Oleh kerana mahu dimaafkan barulah sekarang nak mengaku pernah buat kesalahan dahulu di Pas Kelantan dan kemudian mereka buat semula di Perak, kemudian tahun depan minta maaf pula di Perak lepas itu nak ambil pula Selangor.

“Jika mahu dimaafkan kita perlu jujur terlebih dulu dan sikap itu perlu ditunjukkan bersungguh-sungguh,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Rakyat (Wadila) di sini, semalam.

Anwar berkata, UMNO tidak boleh terus memanipulasi isu ini untuk menutup kesalahan. “Bila kita bercakap perihal Pas memaafkan, saya sudah pasti Pas akan memaafkan kesalahan UMNO yang terdahulu, tetapi anda tidak boleh memanipulasi kesalahan dan keadilan secara berterusan.

“Saya tiada masalah kalau mereka jujur, sudah lama memaafkan mereka walaupun mereka terus berbuat demikian,” katanya. .........Sinar Harian

BERITA DARI BLOGGER 2