Pengarah
Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri
Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes
berprofil tinggi itu.
Difahamkan
pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap
suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.
“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.
Perpindahan
keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan
kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.
Bahri
pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang
yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang
cacing.
Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.
“Kamu
ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai
menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.