Saturday, November 6, 2010

ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim ditumbuk .

ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Ng Suee Lim in hospital SJMC sekinchan repMasih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".


Malaysiakini

Thursday, November 4, 2010

BN Menang

Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah tetamu Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sandakan. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.

Wednesday, November 3, 2010

Zakat Pun Rasuah ???? Ish Ish ... Apa Nak Jadi..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

NONETimbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS.

Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/147255

Tuesday, November 2, 2010

BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"

Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.

Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.

"Namun dasar Umno/BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.

Namun begitu, katanya, semua 10 anggota Parlimen Pakatan di Kuala Lumpur telah berjaya menunjukkan politik baru yang tidak berdasarkan perkauman tetapi berdasarkan keperluan dan keutamaan.

"Kita layan rakyat sama sahaja, tanpa mengira warna kulit," cerita Lo' Lo' dalam kenyataan ketika mempertikaikan ucapan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang berkata, Umno tidak memerlukan undi Cina dan India.

Bagi beliau, kenyataan Datuk Johari Ghani itu umpama terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya.

Bagi beliau, Datuk Johari telah menunjukkan warna sebenar Umno.

"Mereka hanya perlukan undi orang Cina, orang India dan bukan Melayu secara am. Bila perkiraan matematik mereka menunjukkan Umno akan selamat dengan sokongan orang Melayu, mereka tidak segan silu menyebut tidak akan sembah orang Cina dan India.

"Alhamdulillah mereka tak sembah orang bukan Melayu untuk undi. Jika tidak berat kes sebab kita orang Islam sepatutnya sembah Allah bukan sembah orang atau kaum lain," peringat Lo' Lo' dalam kenyataannya.

Lo ' Lo' sekali lagi memperingatkan, rakyat di kawasan beliau sangat memerlukan pertolongan dan Umno jelas telah membiarkan mereka selama ini.

"Bayangkan di Titiwangsa ni sahaja seramai 700 ibu tunggal yang sepatutnya layak dapat bantuan, hanya 67 orang sahaja yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Apa wakil rakyat dulu buat? Itu baru isu ibu tunggal, belum lagi isu OKU, pesakit kronik, warga emas, pesakit mental dll," katanya.

Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mengambil berat isu pendatang asing yang berniaga memenuhi kawasan Chow Kit yang terletak dalam kawasan Parlimen beliau.

"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

"Siapakah ahli/ajk persatuan ini? Sebahagian besar merupakan ajk cawangan Umno yang berselerak. Rupanya yang menggadai Chow Kit bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dari DAP tetapi Umno sendiri," tempelak beliau.

Kerana pelbagai isu itulah, kata Lo' Lo', apabila beliau membuka pusat perkhidmatan, berduyun-duyun yang datang meminta bantuan dan perkhidmatan dari pejabat beliau yang terletak di Kampung Baru.

"Bila saya buka pusat khidmat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, berduyun-duyunlah orang yang datang. Orang Melayu, Cina, India, Sikh silih berganti datang.

"Semuanya kita layan dan lakukan apa yang termampu. Yang tidak mampu ialah bagi duit sebab memang tak ada duit. Kalau ada beras, staf saya akan beri beras kepada yang memerlukan. Penagih dadah pun ramai datang," cerita Dr Lo' Lo' lagi.

Beliau sekali lagi menempelak Datuk Johari yang berkata sudah membuka pusat khidmat Umno di Desa Pandan yang lebih canggih dari pusat khidmat beliau.

"Duit kita dia dah rembat. Cuba bagi RM1.5 juta kepada anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat uruskan, alamat sakitlah mereka. Kita akan beri kepada rakyat secara langsung dan telus," kata beliau lagi.

Monday, November 1, 2010

Yang Tak Sedap di Pandang dan Di Dengar


Apa dah jadi dengan Satu Malaysia. Bermacam macam telah berlaku. Tidak pernah berlaku sejak Tengku Abdul Rahman jadi Perdana Menteri sehinggalah Ahmad Badawi.

Selalunya ketiadaan Perdana Menteri dalam sebarang uupacara rasmi akan di gantikan atau diwakilkan kepada Timbalannya dan bukannya isteri mereka. Bila Najib jadi Perdana lain pulak jadinya. Kenapa Timbalannya diketepikan ??? .

Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

BERITA DARI BLOGGER 2