ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.
Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.
Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.
"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.
Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.
Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".
Malaysiakini
Pesawah didakwa menghasut kaitkan Agong dengan aktiviti perjudian
-
Nur Izzati Mohamadam@hmetro.com.myAzman Md Yusof, 46, (tengah) diiringi
anggota polis untuk didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 di
Mahkama...
28 minutes ago
No comments:
Post a Comment