Buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.
Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Apakah komen Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri yang kedua-duanya orang Johor berhubung dengan pengiktirafan oleh kerajaan negeri Johor sendiri keatas Mat Indera.?
Selanjutnya baca di SINI
Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan AS$63.9
Juta Di MIHAS, Dubai
-
*KUANTAN: *Pahang mencatatkan kejayaan luar biasa melalui penyertaan di
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai, baru-baru ini dengan
jumlah...
3 hours ago