Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan akan
menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.
Justeru itu, beliau berkata, hasil siasatan 1MDB
sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung dakwaan
skandal kewangan tersebut.
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang didapati
bersalah tidak akan terlepas daripada hukuman yang termaktub dalam
undang-undang.
"Macam 1MDB, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah siasat, Bank Negara dah siasat, polis dah
siasat, peguam negara sepatutnya dah selesai (siasat).
“Kalau semua dah siasat kita tengok siapa
salah."Kalau ada orang yang salah, beritahu (sama ada) orang itu salah
atau tak. Kalau dia salah mesti ada penjara, hukuman. Malaysia negara yang ikut
kedaulatan undang-undang.
"Kalau curi wang pun kena tangkap, curi
ayam pun kena tangkap. Semua orang buat jahat kena tangkap. Tak boleh
biar," katanya sambil mendapat tepukan kira-kira 100 orang hadirin.
Timbalan presiden Umno itu berkata demikian
dalam majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Parlimen Pagoh hari ini.