Badan demokrasi antarabangsa, Freedom House, meletakkan Malaysia dibelakang Indonesia, Tanzania dan Israel dalam laporan terbaru yang mengukur tahap demokrasi global.
Laporan Freedom House dibuat berdasarkan tinjauan ke atas laporan media dalam dan luar negara, laporan akademik serta badan bukan kerajaan di Malaysia.
Dari skala satu hingga tujuh, Malaysia sekadar meraih empat mata untuk kategori hak politik dan kebebasan sivil, berbanding Indonesia dua dantiga, Tanzania empat dan tiga dan Israel satu dan dua mata.
Filipina juga kekal di hadapan Malaysia dengan mencatat empat dan tiga mata.
Kebebasan yang menjadi takrif Freedom House adalah kebebasan untuk bertindak secara spontan dalam pelbagai isu.
Dalam menyediakan laporan ini, Freedom House melantik 40 penganalisa dan 17 penasihat akademik menguruskan kaji selidik dan rating, manakala satu pasukan kaji selidik 11 anggota dibantu oleh 20 penganalisa bebas menyediakan laporan serantau.
Tinjauan tertumpu kepada menjawab 25 isu menyentuh proses pilihanraya, penyertaan politik, fungsi-fungsi kerajaan, kebebasan bersuara, hak berpersatuan, kedaulatan undang-undang serta hak individu.
Freedom House menonjolkan manipulasi daftar pemilih dan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang memihak kepada parti pemerintah.
Siasatan tidak berpenghujung seperti kematian Teoh Beng Hock di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, serta hak wanita Islam yang dinafikan keadilan di mahkamah Syariah ekoran layanan yang memihak kepada lelaki turut menjadi perhatian.
Penyalahgunaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menghimpit kebebasan bersuara di ruang maya, penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Universiti dan Kolej Universiti yang berterusan dan menghadkan suara kolektif kesatuan sekerja disebut dengan jelas dalam laporan mereka.
Petikan http://tvsnews.net/v1/
No comments:
Post a Comment