Sunday, May 15, 2011

VIDEO YANG BELUM DIKLASIFIKASKAN SEBAGAI LUCAH


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.

Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat, berkenaan penayangan video lucah,

Khalid berkata:
"Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya. Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Ulasan.

Oleh kerana video yang dinyatakan adalah tulen dan belum lagi diklasifikasikan sebagai video lucah maka perkara perkara dibawah adalah berkaitan.

1. Pengarah dan penerbitnya termasuk pengedar tidak boleh diambil tindakan. Oleh itu sehingga sekarang tiada tindakan diambil keatas pengedarannya yang dilakukan oleh Dato' T

2. VCD tersebut boleh di edarkan secara meluas, seperti di pasar malam, masjid, perhimpunan dan di pasar pasar minggu dan pasar tani. Peniaga bebas menjual dan membeli VCD ini tanpa diambil tindakan.

3. Pelaku atau pelakunnya tidak perlu dikenal pasti.

2 comments:

Polis Pencen said...

Memang bahalul betul polis bila berada di bawah telunjuk UMNO

Pak Lubis said...

tak tau macam mana nak buat ....kekadang terfikir jugak ...andainya PR yang memerintah adakah polis nanti ikut telunjuk PR pulak..... ?

BERITA DARI BLOGGER 2