Wednesday, July 6, 2011

Siapakah Yang Menderhaka Sekarang Ini


DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada BERSIH untuk berhimpun di stadium pada 9 Julai ini. Titah baginda atas kapasiti Ketua Pelembagaan yang tertinggi dalam negara. Atas menghormati status baginda sebagai tunggak negara maka Bersih berkrompomi dengan berhimpun di stadium.

Walaupun telah mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram. NONE"Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.

Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara. Hishamuddin seperti sengaja meneruskan provokasi agar 9 Julai ini berlaku huru hara walhal semua pimpinan Bersih telah berjanji di hadapan DYMM Tuanku bahawa perhimpunan ini akan berlangsung aman di tempat yang diperkenankan oleh baginda.


Dengan ini kita boleh merumuskan yang titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong tidak dipedulikan oleh Hishamuddin dan seterusnya Najib gagal menasiahti KDN tentang titah baginda disamping tidak mengarahkan PDRM supaya berhenti bertindak terhadap kumpulan BERSIH.

Dari segi logiknya mereka yang cuba menyanggah/melanggar nasihat, titah dan arahan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong adalah penderhaka!

Jadi siapakah yang menderhaka sekarang ini ......? Fikirkan dan jawap sendiri..

1 comment:

otaistillkick said...

Hishamuddin patut menjaga keamanan . Halang gangguan perhimpunan. Bukan jadi batu api provokasi.

BERITA DARI BLOGGER 2