Wednesday, July 29, 2015

KATA KATA SINIS TMJ



Nampaknya Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat lagi bermadah melalui laman Facebook selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyingkirkan beberapa nama besar dari barisan kabinet kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri yang merupakan orang Johor.
 

Reaksi TMJ sejak kebelakangan terhadap suasana politik di Malaysia dilihat semakin hangat dengan tindakan yang berani daripada beliau.

Berikut adalah apa yang ditulis oleh beliau di laman Facebook  JOHOR Southern Tigers.


"Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?" tanya wartawan.
Soalan itu dijawab dengan bersahaja oleh TMJ: "Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai."
Walaupun itu adalah reaksi Tunku Ismail mengenai FAM, soalan berikutnya daripada wartawan - yang tidak didedahkan identitinya itu - menjadi jawapan beliau lebih menarik.
Wartawan: Apa maksud Tunku?
TMJ: Fikir-fikirkanlah sendiri.
Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?
TMJ: (senyum)... Terima kasih.

Sungguh mendalam dan menusuk kalbu ayat kiasan dari TMJ itu. Apapun cuma yang rakyat harapkan barisan kabinet baru yang baru dibentuk ini dapat menjalankan amanah rakyat dengan baik demi kepentingan bersama



Petikan SK

1 comment:

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

BERITA DARI BLOGGER 2