Monday, August 24, 2009

Sultan Kedah belum perkenan gugur Adun Lunas: MB

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah belum berkenan untuk menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, daripada jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Sultan Abdul Halim dijangka akan memberi perkenan mengenai perkara itu dalam tempoh sehari dua ini.

Beliau menghadap Sultan Kedah petang tadi bagi mempersembahkan permohonan menggugurkan Mohd Radzhi, selepas Adun Lunas itu mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas, semalam.

Azizan berkata, ini bermakna Mohd Radzhi masih lagi seorang Exco dan beliau boleh menghadiri mesyuarat Exco jika ia diadakan sebelum pengguguran itu.

Semalam, dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Mohd Radzhi mengumumkan beliau keluar daripada PKR dan menjadi Adun Bebas, tetapi masih mengekalkan jawatan Exco kerana pelantikannya dibuat oleh Sultan Kedah.

Mohd Radzhi mengambil tindakan keluar daripada PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu. ..Berita Harian

Saturday, August 22, 2009

Internet Rosak Lagi

Ini hari baru baik. Internet( streamyx) tak boleh pakai lagi . Semua dirumah gelisah. Dari bapa kepada 4 orang anaknya. Sudah beberapa kali buat aduan. Dah naik meluat dengan janji janji telekom.

Ini hari semua lege....

Saturday, August 15, 2009

Tindakan kepada Yang Menggangu Gugat Perlembagaan

Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk penulis blog yang cuba mengganggu gugat pelbagai perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan negara, demi menjaga kepentingan seluruh rakyat yang selama ini menikmati kestabilan dan keamanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kabinet sudah mengarahkan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

Kalau Barisan Nasional mengenepikan Perlembagaan apa pula tindakan yang akan diambil. ???? . DS Hishamuddin perlu jawap ini.

Thursday, August 13, 2009

Zambri tak pernah iktiraf Sivakumar sebagai Speaker

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak pernah mengiktiraf V Sivakumar sebagai Speaker sejak Barisan Nasional (BN) menerajui kembali kerajaan negeri pada Februari lalu apabila Sivakumar sekali lagi menggantung beliau daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan didenda RM250,000.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor berkata sejak BN mengambil alih kerajaan negeri selepas mempunyai majoriti dengan disokong tiga Adun bebas serta melantik Speaker yang baru, beliau tidak pernah mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker.

Apa lah bodoh punya Zambri. Speaker tetap speaker. Bagaimana pula tidak diiktiraf. Perlantikan Sivakumar sebagai Speaker adalah mengikut undang undang. Kalau nak dibuang mestilah mengikut undang undang, bukan dengan mengusung keluar.

Zambri oh Zambri ...

Wednesday, August 12, 2009

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.


Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat.

Sebaliknya, beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya. - Bernama

Tuesday, August 11, 2009

Kerosakan Kebel Telepon - Menyepi Hampir Seminggu

Akibat kerosakan kabel telefon , hampir seminggu tak dapat on line. Mail berlambak lambak dan posting diblog yang diikuti juga terlalu banyak. Kena ambil masa nak baca satu persatu. Inilah dia Telekom Malaysia. Kerosakan terpaksa mengambil seminggu untuk dibaiki.

Kalaulah seminggu tak dapat online boleh ditolak pada bil bulanan kan bagus. Ini tidak .. biar sebulan kabel rosak ... sewa bulanan tetap kena bayar.. Tak adil lah macam ini.

Friday, August 7, 2009

Sikap SPRM jika terdapat lapuran terhadap ADUN Pakatan Rakyat berkaitan rasuah

Teringat apabila membaca didalam hikayat-hikayat lama dengan bahasa berirama yang terdapat didalamnya yang boleh di ibaratkan sebagai tindakan SPRM apabila terdapat lapuran terhadap ADUN ADUN Pakatan Rakyat.

Apabila terdapat lapuran lapuran tersebut maka bergegaslah masing masing ke tempat atau pejabat YB Pakatan Rakyat untuk cuba menyelongkar fail fail yang dikata mempunyai kaitan walaupun tanpa notis yang mencukupi

Jika terdapat berbagai kecacatan dari segi fisikal pegawai pegawai SPRM ia boleh lah diibaratkan seperti yang terdapat di dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda seperti berikut:-
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,

Yang kurap mengekor angin.

Masing-masing dengan gunanya :

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul buluh.

Begitu lah pantasnya mereka menjalankan tugas dengan kemahiran masing masing. Jikalaulah semua kes yang dilapurkan SPRM bertindak demikian, alangkah baiknya,



Thursday, August 6, 2009

Ini dia mentaliti Menteri Barisan Nasional /Umno

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setakat ini, hampir RM20 juta kerugian akibat demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu telah ditaksir.

"Hari ini saya sudah berjumpa dengan 20 persatuan peniaga yang menghantar memorandum dan tuntutan. Saya rasa, sudah hampir RM20 juta sudah yang saya dapat.

"Tetapi ramalan saya itu kerugian keseluruhannya, termasuk kehilangan pendapatan pada masa akan datang apabila pelancong tidak datang, khususnya di Kuala Lumpur.

"Pelabur asing pun enggan datang," katanya.

Beliau diminta menjelaskan jumlah sebenar kerugian peniaga akibat demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) didakwanya membawa kerugian RM100 juta hingga RM200 juta.

Senator itu juga berkata, kerajaan tidak akan memberikan bantuan kewangan kerana kerugian tersebut tidak berpunca daripada mereka.

"Pada masa ini, saya rasa (kerajaan) tidak patut terlibat. Ini bukan kesilapan pihak kerajaan, tetapi (kesilapan) mereka yang tidak bertanggungjawab.



Apa penjelasan beliau yang mendakwa kerugian RM 100 juta hingga RM 200 juta ???
Tidak pandai atau tidak tahu hendak menjelaskan. ???? bagi lah fakta dan angka. (fact and figures). Jangan lah dipetik dari langit atau main hentam keromo sahaja.

Sekarang pula kata 20 juta dan semalam ada maklumat mengatakan 10 juta.. Macam main teka teki sahaja.

Nak tahu lagi ... kerugian tersebut bukan disebabkan demonstrasi tetapi disebabkan tindakan polis yang menghuru hara kan demonstrasi tersebut. Bila PDRM dah buat begitu kerajaan kena bertanggongjawap atas segala kerugian dan bukan penganjur demonstrasi tersebut.

Cuba jangan dihuru harakan demo tersebut. Bukan nya peniaga rugi malah akan berlipat ganda untungnya, Sambil demo boleh beli pakaian untuk hari raya serta sambil makan dan minum. Kenapa bodoh sangat kementerian yang berkaitan. Masa kan itu pun tidak boleh fikir.

Tak kan hanya tahu cium keris atau ajak perempuan ikut pergi tandas atau meraba punggong perempuan.


Nak tahu lagi apa jadi di tempat tiada demostrasi ... hari tersebut semua jalan nak masuk KL semuanya penuh sesak walau pun tiada demonstrasi dikawasan tersebut. Banyak urusan tergendala. Orang yang mahu menikah terlewat dan mahu melangsungkan perkahwinan terlewat... Pak imam dah balik sebab ingatkan pengantin tidak datang. ... pelajar pelajar yang mahu pergi kuliah hari tersebut terlewat.. siapa yang nak tanggong segala kelewatan yang mengakibat kerugian wang ringgit.. dan siapa nak tanggong lebihan menggunakan minyak petrol akibat asyik main gear 1 dan 2 sahaja. tentunya kerajaan. Jangan cuba nak lepas tangan.



Wednesday, August 5, 2009

Kerugian Demo Anti ISA RM100 juta atau RM10 juta atau 10 juta rupiah

Semalam seorang menteri kata kerugian sebanyak 100 hingga 200 juta ringgit malaysia semasa demo anti ISA. Manakala ini hari peniaga peniaga buat tuntutan 10 juta ringgit Malaysia. Menteri ini tak tahu kira ke ????? Alangkah jauh beza nya ??? Kalau kira pun tak pandai baik tak usah jadi menteri. Buat malu .............Cakap aje pandai tetapi mengira tak pandai. Kalau nak temberang jangan pakai duit ringgit Malaysia. Kalau hendak sebut juta juta pakailah duit rupiah Indonesia.

Peniaga peniaga boleh lah tuntut kepada Hishamudin. Sebab PDRM buat kacaulah yang orang takut nak membeli belah. Kalau demo tersebut PDRM tak buat kacau sudah tentu perniagaan bertambah pada hari tersebut. Sambil orang berdemo sambil membeli belah...

Tapi betul ke kerugian tersebut sampai 10 juta. ????? Kalau ada 1000 peniaga terlibat seorang peniaga kerugian sebanyak 10 ribu ringgit. Banyak juga pendapatan bagi peniaga ini untuk sehari.

Pemuda Umno Wilayah sedia sertai demonstrasi Pemuda Pas

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bersedia bersama Pemuda Pas mengadakan demonstrasi Jumaat ini mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu, meletak jawatan, jika penganjurannya mendapat permit.

Exco Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, berkata pergerakan itu bagaimanapun tidak akan menyertai demonstrasi itu jika ia tidak mendapat kebenaran polis.

"Kami patuh kepada undang-undang, harap Pemuda Pas boleh memberitahu tempat dan masa bagi mengadakan demonstrasi itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Tuesday, August 4, 2009

ADUN Barisan Nasional Disyaki Terima rasuah ditahan oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN): Barisan Nasional (BN) Terengganu yang ditahan Suru:hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000 ditahan reman selama lima hari.

:Perkara itu disahkan pihak pendaftar Mahkamah Majistret Kemaman semalam sambil memberitahu bahawa ADUN berkenaan kemudian dibawa ke pejabat SPRM daerah ini untuk tujuan soal siasat.

Diharap ramai lagi ADUN ADUN atau MP Barisan Nasional ditahan oleh SPRM terutama yang mempunyai harta bernilai puluhan juta yang dilihat diluar kemampuan mereka jika berdasarkan elaun wakil rakyat atau MP. Janganlah yang disiasat hanya melibatkan puluhan ribu. Siasat juga yang kes bernilai puluhan juta ringgit.

Juga SPRM dapat menyiasat menteri, bekas menteri, menteri besar/ketua menteri, bekas menteri besar /ketua menteri yang telah dilapurkan menerima rasuah atau salah guna kuasa. Tidak terkecuali Perdana Menteri / Bekas Perdana Menteri.

Ini kerana jika hanya ADUN atau MP pembangkang sahaja yang disiasat nampak tidak adil.


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Mohd.Naib berkongsi kegembiraan kerana kambing


MESRA... Walaupun berbeza ideologi politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkongsi kegembiraan memegang seekor anak kambing biri-biri yang dilahirkan di ladang pembiakan biri-biri di Kampung Runchang yang terletak di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek itu dilancarkan oleh Najib hari ini. Di sebalik 'ribut politik' tanah air, kedua-dua pemimpin ini bersemuka buat kali ketiga dalam tempoh seminggu ini termasuk semalam di Putrajaya.

Pas Selangor desak Ronnie Liu digugur

Pas selangor hari ini mendesak kerajaan negeri mengugurkan Ronnie Liu sebagai ahli Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada orang ramai.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata ahli Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri Selangor itu sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, antara tindakan Ronnie yang dipertikaikan ialah mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.

Sunday, August 2, 2009

Kerajaan sedia beri tempat untuk berhimpun secara aman: Najib

Kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," katanya mengulas perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di ibu negara, semalam.

Semua cakap kosong sahaja.. Kalau Najib boleh bagi, Hisamudin tak bagi. Kalau Hishamudin bagi, anak Ustadz Hassan pulah tak bagi. Kalau anak Ustadz Hassan bagi.. Ketua Polis Negeri tak bagi.

Semuanya main wayang kulit dari Najib hingga lah kebawah. Dari kementerian sehingga lah jabatan kerajaan berkaitan.

Semalam bila aku pergi tanya pihak polis pasal banyak sangat sekatan yang menyesakkan lalulintas, yang menyusahkan pengguna jalan raya, jawapan mereka " kami mengikut arahan' . Geram betul dengar jawapan tersebut. Yang selalu menyesakkan jalan raya memang sekatan begini. Sekatan yang sahaja dibuat buat.

Friday, July 31, 2009

DS Najib Tidak Patuhi Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah Kali ke-19 pada 06-07 Oktober 1987 telah memfatwakan perbuatan bertafakkur dihadapan Tugu Negara ini sebagai perbuatan syirik dan mesti dihentikan serta merta.

Setelah hampir 22 tahun fatwa tersebut diputuskan, sehingga hari ini majlis syirik ini masih diamalkan malah ia diamalkan oleh Perdana Menteri DS Najib Abd Radzak.

Perdana Menteri bersama dengan Ketua Polis Negara berserta Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Laut akan berdiri bertafakkur dihadapan Tugu Negara, dituruti oleh semua hadirin yang ada termasuk anggota pasukan keselamatan yang berbaris sejak subuh tadi.

Tidak ada kah Mufti Mufti yang berani menegur akan perbuatan ini ?????? Mungkin takut jawatan mufti akan di tarik ... Mufti Perak .. Ada apa apa komen ??

Thursday, July 30, 2009

PPSMI, SPRM.. Apa Lagi Selepas Ini Agenda UMNO?

Pakatan Rakyat akan pertahankan Selangor dari usaha Barisan Nasional (BN) sedaya upaya merampas negeri Pakatan Rakyat melalui kekuasaan dan agensi yang dimilikinya, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Katanya, isu Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan Suruhanjaya Diraja Malaysia (SPRM) sehingga berlakunya kes kematian bekas setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock adalah rentetan daripada kekuasaan yang ditunjukkan oleh BN dalam mentadbir negara.

“UMNO tidak menerima kekalahan dan peralihan kuasa terhadap kerajaan negeri dan SPRM disuruh siasat Pakatan Rakyat sebab mahu menggulingkan dan jatuhkan Pakatan Rakyat sedangkan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO tidak disiasat SPRM” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana bertajuk “PPSMI,SPRM apa lagi selepas ini” anjuran PAS kawasan Shah Alam di Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam, malam tadi.

Tuesday, July 28, 2009

77 termasuk 28 pegawai SPRM disapina hadiri inkues Teoh


SHAH ALAM: Polis sudah mengeluarkan sapina kepada 77 orang termasuk 28 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menghadiri inkues kematian Teoh Beng Hock yang bermula esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, sapina itu sudah dikeluarkan dan mereka perlu hadir ketika sesi inkues di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi esok. Berita Harian

Monday, July 27, 2009

Sivakumar tidak dibenar masuk bangunan SUK


IPOH 27 Julai - V. Sivakumar dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) tidak dibenarkan memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Sivakumar yang masih mengaku sebagai Speaker DUN hadir pada pukul 9.50 pagi.

Beliau tidak dibenarkan masuk setelah menerima surat arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamshuzaman Sulaiman kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Surat tersebut memaklumkan tidak membenarkan mesyuarat jawatan tersebut diadakan pada hari ini.

Sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh, Deputi Supritendan, Glenn Anthony Sinnapa mengawasi pintu masuk bangunan SUK sejak pukul 8 pagi ini.

Bagaimanapun tidak berlaku sebarang kekecohan.

- Utusan

Sunday, July 26, 2009

Antara Lilin Nizar dan Pelita Najib.

Apabila DS Nizar pegang lilin semua orang kecoh. Ahli UMNO kecoh dan apa lagi pemimpin tinggi UMNO macam DS Zambri , Heboh seluruh pelusuk tanah air malah sampai ke seluruh dunia. Heboh menghentam DS Nizar sampaikan Nizar tidak dapat membalas. Kesian jugak dengan DS Nizar.

Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak mahu komen tentang hal ini dan selalu menepis apabila disuruh bagi komen.

Tetapi kalau DS Najib pegang pelita dan sambil menyalakan api kenapa pula orang orang UMNO tidak menghentam seperti mana mereka hentam DS Nizar??? . Perbuatan itu sama sahaja seperti apa yang DS Nizar buat. DS Zambri boleh lah komen sikit pasal Najib ini kalau berani atau suruh lah Mufti Perak Harus Sana Sini bagi fatwa.

Orang UMNO termasuk PDRM atau SPRM biar lah berlaku adil. Banyak sangat tak adilnya terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Kuncu kuncu UMNO dari dulu sampai kini dan selama nya memang selalu tidak adil. Apa yang orang UMNO buat itu semua nya betul dan tidak pernah salah. Orang yang menentang UMNO buat semua nya tidak betul dan salah. Itu lah sifat UMNO yang disanjung tinggi oleh pembodek2 telor dan sekutu Najib. UMNO... dulu, kini dan selamanya yang tidak akan berubah sampai hari khiamat.

Sedarlah perangai Umno yang tak elok itu. Bawak bawak lah minta ampun kepada orang orang yang dianiaya. Hentikanlah kutuk, aniayai, tohmah dan fitnah yang dilemparkan kepada orang yang menentang Umno. Lihat pada diri sendiri dan pemimpin Umno yang lain. Kalau mereka salah, beri lah nasihat. Kalau mereka terima rasuah suruh SPRM siasat kalau hidupnya melebehi dari pendapat juga haruslah disiasat.

Berubah lah sebelum terlambat ...

Baca ikut suka aku
dan Mr Kolumpo

Saturday, July 25, 2009

Datuk SS Subramaniam Sertai PKR

Hari ini Datuk SS Subramaniam bekas ahli Parlimen Segambut, 20 tahun menjadi Naib Presiden MIC secara rasmi mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Medan petang tadi. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kenapa hanya bekas MP yang masuk PKR. ? Nampaknya hanya bekas bekas yang tertarik untuk keluar dari Barisan Nasional dan masuk PR. Yang MP dan ADUN tidak ke ada yang tertarik untuk masuk salah satu komponen PR. Harap MP Gua Musang memulakannya.

SPRM harus siasat kes salahguna peruntukan negeri oleh semua ADUN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor masih meneruskan siasatan berhubung kes penyalahgunaan peruntukan negeri walaupun kelancarannya terganggu dengan kematian saksi kes Teoh Beng Hock.

Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad, berkata siasatan ke atas tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Exco Kerajaan Negeri itu dalam kes salah guna peruntukan negeri yang disalurkan menerusi pejabat daerah Petaling terjejas berikutan pihak polis terpaksa menjalankan siasatan ke atas SPRM Selangor berikutan kematian mengejut Teoh.

SPRM diharap jangan menyiasat ADUN Pakatan Rakyat sahaja malah SPRM sepatutnya menyiasat juga ADUN Barisan Nasional. Siasatan jangan hanya di Selangor tetapi diharap meliputi semua negeri.

Khir Toyo juga harus disiasat sebab sudah banyak lapuran yang dibuat terhadapnya. Jangan memilih kes kes yang perlu disiasat.

Thursday, July 23, 2009

'Saya rela dirotan" - Kartika Sari Dewi Shukarno tidak perlu bantuan Shahrizart Abd Jalil

Saya rela diri disebat. Jika saya tidak dikenakan hukuman itu, mungkin sehingga sekarang saya tidak insaf," kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu.

Kartika Dewi ketika ditemui pemberita di sini, semalam, berkata beliau sanggup berdepan hukuman itu sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama yang memalukan diri dan keluarganya.

“Saya mahu menjalani hukuman sebat itu kerana saya sudah insaf dan ia membabitkan keluarga. Hukuman di dunia saya sudah terima, tetapi di akhirat kelak Allah saja yang menentukan.

“Jadi, nasihat (saya kepada) remaja di luar sana, nak berbuat apa-apa fikirkan tentang ibu bapa jika tidak mahu mereka dimalukan," katanya yang kini bekerja sebagai 'webmaster' bagi syarikat milik keluarganya di Sungai Siput di sini, semalam.

Kartika Dewi yang kemungkinan menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebat dijatuhi maksimum enam sebatan dan denda RM5,000, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, jam 11.40 malam, 11 Julai 2007.

Dia yang pada mulanya meminta penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya didengar, kelmarin memutuskan untuk menarik balik rayuan itu dan sudah membayar RM5,000 serta mahu menghadapi hukuman sebat secepat mungkin.

Wanita yang juga ibu kepada dua anak berusia tujuh dan lima tahun serta isteri kepada warga Singapura berkata, beliau berterima kasih dengan keputusan yang dibuat hakim kerana menjadi pengajaran pada diri serta orang lain.

Kepada Shahrizat Abd Jalil dan Dr Lolo tak payah lah susah susah nak komen atau nak menjadi juara kerana yang empunya diri bersetuju untuk dihukum. Terpulang pada makamah untuk menjalankan hukuman rotan tak kira sama ada sebagai rotan ' educational' atau tidak.

Wednesday, July 22, 2009

Tan fail saman terhadap SPRM

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, 39, memfailkan saman bagi mendapatkan pengisytiharan dan ganti rugi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa ditahan tanpa sebarang kuasa sah untuk disoal siasat, minggu lalu.

Tan mendakwa beliau disoal siasat SPRM dari jam 8.45 malam, 17 Julai lalu, sebelum dilepaskan keesokan harinya pada jam 1.35 petang.

Saman pemula itu difailkan pada jam 12.30 tengah hari di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini, menerusi tetuan Karpal Singh & Co.

Tuesday, July 21, 2009

Perlu pertahankan peranan hakim yang bebas

Selagi kerajaan dan mana-mana pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang dan dilaksanakan secara telus dan terbuka, tidak ada mahkamah yang boleh menyalahkan kerajaan, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Melainkan, titah baginda, terdapat di kalangan hakim yang telah hilang integriti atau memilih untuk turut berpolitik atau bersimpati dengan mana-mana kumpulan atau pemikiran politik, titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Sultan Azlan titah demikian ketika merasmikan seminar khas Perlembagaan Persekutuan anjuran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini, lapor Bernama.

Baginda bertitah ujian utama dan paling berat kepada para hakim adalah memiliki sifat tidak memihak atau tidak berat sebelah terutama dari segi emosi dan kecenderungan.

Oleh itu, baginda mengingatkan bahawa peranan kehakiman yang profesional, berintegriti dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak perlu dipertahankan.

Para hakim, titah baginda lagi, mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kedaulatan undang-undang dan integriti mahkamah.

"Dan jika mereka gagal memenuhi amanah tersebut, akan berlakulah ketidakseimbangan. Kesetiaan para hakim adalah kepada keadilan yang bersandarkan undang-undang," titah baginda.

Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, tidah Sultan Perak lagi, para hakim adalah terdedah kepada penilaian umum.

Menurut baginda, ini kerana telah dibina mekanisme di peringkat mahkamah yang lebih tinggi, dengan panel hakim yang lebih ramai untuk menyemak sesuatu penghakiman yang dilakukan. . Malaysiakini

Monday, July 20, 2009

Apa Pendirian Umno Penubuhan Suruhanjaya Bebas Kes Kematian Teoh Beng Hock

Jika sebelum ini Presiden Gerakan yang juga Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Dr Koh Tsu Koon menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas untuk siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

Kini MCA mahu kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi memastikan siasatan kes kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock dibuat secara telus, profesional dan tidak diragui rakyat.


Sementara itu, MIC akan menyokong gesaan MCA bagi penubuhan suruhanjaya itu, kata presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu.

Katanya wakil MIC dalam Kabinet, Datuk Dr S.Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, akan diminta menyokong cadangan MCA itu pada mesyuarat Kabinet akan datang.

UMNO dan penyokongnya kata apa pula ??

1. Datuk Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pakatan pembangkang tidak sepatutnya melatah dengan mendesak kerajaan membuat pelbagai perkara sedangkan siasatan kes tersebut sedang dijalankan. ”Kenapa penyokong pembangkang tidak boleh sabar? Sepatutnya berilah ruang supaya siasatan dijalankan dan sesudah siasatan selesai, jika masih tidak puas hati barulah buat perhimpunan atau tuntutan.


2. Dato Rais Yatim
Penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, boleh menghilangkan keraguan rakyat memandangkan keputusan siasatannya akan dinilai lebih tinggi daripada siasatan pihak lain. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata permohonan untuk diadakan Siasatan Diraja itu seharusnya disokong oleh semua pihak.

3.Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta orang ramai khususnya pembangkang, supaya menghentikan spekulasi berhubung kematian setiausaha politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock atau menjadikannya isu perkauman.

Anwar mahu KPN, Ketua Pesuruhjaya SPRM bertanggungjawab kematian Hock


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Bercakap kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya, di sini, pagi ini, beliau berkata kerajaan tidak boleh berdolak dalik berhubung kes itu kerana ia membabitkan kematian.

"Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhajaya SPRM harus bertanggungjawab atas kematian Teong Beng Hock," katanya selepas turut mengucapkan takziah ibu bapa Beng Hock iaitu Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56.

Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan tindakan seterusnya. Berita Harian

Kesayuan selubungi pengkebumian Teoh

Lebih 1,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

Upacara bermula jam 9.45 pagi dan keranda mendiang Teoh dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.

Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei dan anggota dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Suasana cukup sayu dengan kain-akin rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

Semua pemimpin utama Pakatan memberi penghormatan terakhir pada jam 10.18 pagi, diikuti oleh exco kerajaan negeri Melaka dari MCA, Datuk Gan Tian Loo.

Kira-kira About 10 anggota polis berada di situ untuk memantau keadaan dan mengawal lalulintas.

Manakala pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Malaysiakini

Sunday, July 19, 2009

Siasatan SPRM Ke Atas ADUN PR, Gimik Politik BN: Teresa

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas anggota Exco Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya menyalahguna peruntukan DUN adalah gimik politik Umno-Barisan Nasional, kata Teresa Kok.

Malangnya, kata beliau apa yang dilakukan itu, memerangkap diri sendiri apabila rakyat mula hilang kepercayaan terhadap badan bebas tersebut yang dituduh menyebabkan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Teresa yang juga Adun Kinrara berkata, banyak lagi kes rasuah yang lebih serius melibatkan wang rakyat telah dilaporkan, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan.

"Pada tahun 2008, bila kami jadi kerajaan, kami tahu setiap kawasan diberikan peruntukan RM500,000. Sebenarnya, ini adalah praktis kerajaan dulu juga, jadi bila kami check akaun kami, kebanyakan duit ini telah digunapakai oleh bekas Adun Barisan Nasional dalam tempoh 3 bulan. Macam mana seorang wakil rakyat boleh menghabiskan wang rakyat begitu sahaja.

Kami dah buat bising tapi nampaknya SPRM tak buat apa-apa langkah untuk menyiasat mereka, selepas kami jadi kerajaan kita lihat pegawai SPRM bekerja bersungguh-sungguh untuk menyiasat akaun peruntukan kami," katanya.

Menurut Teresa, banyak lagi kes, termasuk isu PKFZ yang menelan belanja lebih RM12.5 bilion, membabitkan wang rakyat dan banglo mantan menteri besar, Khir Toyo telah dilaporkan, tetapi tiada tindakan diambil oleh SPRM sehingga ini.

TV Selangor


Najib kata kita kalah tipis lawan sama MU (Manek Urai atau Manchester United)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak menjangkakan Malaysia akan kalah tipis kepada Manchester United dalam perlawanan persahabatan Jelajah Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak menjangkakan BN akan kalah tipis di Manek Urai dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Kelantan selepas menaburkan banyak wang dan janji semasa berkempen pada pilihanraya tersebut.

Saturday, July 18, 2009

Kenapa tempua bersarang rendah ( Kenapa Chua masuk PKR)

Apakah yang Chua Jui Meng cari dengan keluar dari MCA dan masuk PKR..? Bertanding dalam merebut kerusi Presiden MCA pun sudah 2 kali kalah. Kalau nak dilantik sebagai senator dan dapat menjawat jawatan menteri sekali lagi dibawah PR memang lah tak boleh sebab PR bukan perti memerintah. Rasanya dia cuma nak menyakitkan hati MCA kerana Chua sudah terasa dia sudah tidak diperdulikan mau didalam MCA apatah lagi didalam BN.atau ada tujuan lain.

Saudara Anwar Ibrahim pula dengan rela hati mengadakan keraian sehingga melupakan PAS untuk meraikan orang yang sebegini. Kurangkah pemimpin yang sebangsa dengan Chua yang kini berada didalam PKR?.

Saudara Anwar masih tak ingat bahawa rasanya Chua lah semasa didalam kabinet yang beria ia menolak rayuannya untuk mendapat rawatan di luar negeri dahulu. Saya tahu Saudara Anwar bukan orang yang menyimpan didalam hati atas perbuatan orang kepadanya dan amat cepat memaafkan. (Mahathir pun di maafkannya) . Tetapi Chua memang muka tak malu kerana tidak teringat perbuatan nya menafikan permintaan Anwar untuk berubat diluar negeri.

Adalah diharapkan jangan lah PKR ditipu sekali lagi oleh BN seperti mana PR telah ditipu oleh Nasha dan seterusnya terlepas Negeri Perak ketangan UMNO. Mana tahu ini adalah salah satu strategi UBN untuk menjatuhkan PKR dan seterusnya dapat memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Saudara Anwar boleh menerima kemasukannya tetapi harus berhati hati dan jangan percaya sepenuhnya. Chua berkemungkinan ada strategi peribadi nya sendiri dengan memasuki PKR. Kenapa dia tidak masuk DAP ?? Saudara Anwar tentu lebih ariff sepak terajang dan strategi orang politik.

Blog Bila Harimau Sudah Menaip ada memberi komen seperti berikut

"Penting sangatkah kemasukan Datuk Chua Jui Meng dalam survival
Pakatan Rakyat? Mengapa keraian luar biasa seperti itu tidak dibuat
untuk mengingati pejuang
reformis jalanan yang berhati kering dan
bermati-matian berdiri teguh
di belakang Pakatan Rakyat sedari 10 tahun
yang lalu? "



Apa Kata PDRM Tentang Kematian Teoh

Polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.

Katanya, setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu yang belum tampil memberi keterangan. - Berita Harian

Tiada Bezanya SPRM dengan PDRM

SPRM sudah melangkah ke satu peringkat lagi dan tarafnya sudah sama dengan PDRM. Dahulu belum ada kes kematian di pejabat SPRM. Tentang itu dia kalah kerana PDRM dah maju berkaitan kematian di balai balai polis dan lokap. Sekarang SPRM sudah menyamai PDRM. Pasal mendera suspek untuk mendapatkan maklumat SPRM dah pakar seperti polis juga.

Kedua keduanya, SPRM dan PDRM telah termaklum adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional yang ternyata cukup phobia dengan parti komponen Pakatan Rakyat terutama DAP. Apa sahaja yang diarahkan oleh BN atau khususnya UMNO akan berkejarlah mereka untuk mengambil tindakan keatas parti komponen Pakatan Rakyat dan penyokongnya .

Inilah dia .....SPRM dan PDRM..

Friday, July 17, 2009

Pak Lah .... Pak Lah ..... Apa Nak Jadi dengan Pak Lah ni.......

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar "berani memansuhkannya." Lapur Bernama.

Apa nak jadi dengan Pak Lah ni. Dulu semasa menjadi Perdana Menteri kenapa membisu apabila orang bangkitkan supaya ISA dimansuhkan.

Kalau dulu semasa jadi PM, Pak Lah sendiri tak berani, ingat Najib berani ke nak hapuskannya.
Sebelum berhenti jadi PM ada ura ura nak kaji ISA tetapi sehingga berhenti apa pun tak ada.

Semua PM takut jika ISA dihapuskan mereka tiada undang undang untuk mengurung orang yang tidak menyokong kerajaan di kem tahanan.

Mereka semua dah tak ada telur semuanya .
Memang patut lah Bang Nan (Kopitiam ) nak bagi Flying Kick kat Pak Lah.

Thursday, July 16, 2009

Dulu Khir Toyo Kena Halau Dari Dewan - Sekarang Kena Gantung .

Dato' Seri Dr Mohamad Khir anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang digantung setahun manakala empat Adun digantung selama enam bulan. Elaun dan kemudahan mereka sebagai Adun ditarik balik sepanjang tempoh penggantungan itu.

Empat Adun BN berkenaan ialah Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).


Sebelum ini Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo diperintah keluar dewan selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker Teng Hang Khim berat sebelah.

Walaupun elaun dan kemudahan telah ditarik balik ia tidak akan menjejaskan Dato' Seri kerana ia mempunyai pendapatan dari rangkaian klinik gigi dan kedai famasi tambahan pula Dato' Seri adalah pembekal tempe keseluruh dunia.



Bangunan Yang Harus Di Kunjungi Jika Melancong ke Selangor

Banyak tempat tempat menarik yang harus dilawati di Negeri Selangor. Beberapa bangunan lama dan baru yang mempunyai sejarah yang tersendiri harus dilawati oleh pelancong pelancong luar negeri dan dalam negeri. Ramai rakyat negeri Selangor yang tidak mengetahui keujudan bangunan bangunan ini apatah lagi orang luar dari Selangor.

Ada antara bangunan dibina pada 1905 sejak pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah yang terdapat di Jugra.


Istana Bandar, Jugara



Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
di Shah Alam



Rumah Api, Bukit Melawati,
Kuala Selangor


Kota Darul Ehsan
Kota Sempadan antara Selangor dan
Wilayah Persekutuan.

Banyak lagi bangunan yang terdapat di Selangor yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri . Dibawah ini salah satu bangunan terbaru yang menjadi tumpuan para pelawat di negeri Selangor iaitu Istana Khir Toyo

Istana Khir Toyo ini tidak dinilai harga harganya yang sebenar. Ada yang berkata RM 3.5 juta, ada yang mengatakan RM 15 juta dan yang tertinggi menganggarkan RM 24 Juta



Istana Khir Toyo di Shah Alam
dari pelbagai sudut



Selamat Datang ke Negeri Selangor

SPRM siasat salah guna wang peruntukan ADUN PR - Kenapa Tidak siasat ADUN BN

Tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor telah disiasat oleh SPRM atas dakwaan salah guna wang peruntukan DUN berhubung penggunaan dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihanraya masing-masing.

Ketujuh tujuh wakil rakyat pakatan rakyat tersebut ialah Teresa (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku).

Kesemua wakil rakyat berkenaan diperuntukkan RM500,000 setiap tahun, yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek kemasyarakatan, kebajikan, infrastruktur dan perkara-perkara lain.

Yang amat menghairankan kenapa semuanya ADUN Pakatan Rakyat sahaja yang terlibat dan tidak melibatkan seorang pun ADUN Barisan Nasional. Kenapakah ADUN BN Nasional tidak dilapurkan berbuat demikian?

Sudah tentu perkara salah guna peruntukan oleh ADUN Pakatan Rakyat ini dilapurkan oleh talibarut Barisan Nasional kerana tiada terdapat lapuran yang melibatkan ADUN Umno atau Barisan Nasional.

Ada beberapa kes besar yang melibatkan ADUN Barisan Nasional dipendam begitu sahaja terutama kes kes yang besar yang dilapurkan keatas YB Dr Khir Toyo dan lain lain pemimpin Umno.



Wednesday, July 15, 2009

Penyokong Pas dan Penyokong Umno Baling Botol, Kayu dan Batu

Pihak media telah melaporkan bahawa pihak Pas adalah menjadi pencetus kepada kejadian malang dimana dua orang anggota puteri Umno yang diberitakan cedera dalam insiden membaling batu. Ia tidaklah membimbangkan dan tidaklah seperti yang digembar gemburkan oleh pihak Umno.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Lusa Hassan pula berkata dan menuduh kejadian itu telah berlaku akibat dari provokasi penyokong PAS sehingga mencetuskan ketengangan. Jabatan polis sepatutnya tidak terus membuat andaian siapa yang memulakan provokasi kerana terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya atau siapa yang mulakan. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan.



Pihak media juga sepatut nya memberi perhatian dan `highlight’ kan kepada semua mangsa-mangsa yang tercedera dan bukan dari Puteri Umno sahaja. Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong -penyokong Umno dan tidak melibatkan penyokong PAS

Penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini malah ia mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno.



Tuesday, July 14, 2009

WALAU PUN KALAH SEDIKIT UMNO TETAP KALAH

Pakatan Rakyat / Pas Menang lagi !!!!!!!! Dengan menabur wang dan menjanjikan jambatan dan pelbagai lagi, Umno masih tidak boleh menang. Walaupun majoriti kemenangan Pas menurun tetapi Umno masih tidak dapat merampas DUN Manek Urai.

Samada PAS menang sikit atau Umno kalah sikit, yang pentingmya Umno tetap kalah dan tersungkur. Itu pun entah berapa banyak cara yang tidak betul untuk UMNO mendapatkan undi tetapi masih tetap tidak dapat menang.

Duit UMNO untuk pengundi 'tidak cukup'

Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.

"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Diminta mengulas dakwaan tersebut, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai.

Sebaliknya, kata beliau, dana itu untuk petugas parti yang berkempen untuk calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Katanya, petugas dijanjikan dibayar upah RM30 sehari untuk kerja-kerja seperti merayu undi dan menampal poster.

"Kalau mereka bekerja 10 hari akan dapat RM300, tetapi ada juga yang bekerja untuk tempoh beberapa hari sahaja.

"Jika ada orang kata duit tersebut untuk pengundi supaya menyokong Umno, ia tidak betul," tambahnya.

"Mereka mungkin salah maklumat."

Monday, July 13, 2009

Khabar Angin 5 Adun Pakatan Rakyat Menyertai Barisan Nasional

Desas-desus yang mengatakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melompat parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar.

Naib Presiden PKR negeri, Dr Lee Boon Chye berkata, lima ADUN berkenaan masih teguh bersama parti itu dan menyatakan ikrarnya untuk terus dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Mereka masih ahli PR dan tiada seorang pun yang akan melompat menyertai Barisan Nasional,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PKR Bahagian Gopeng di sini, semalam.


Menurut Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng, lima ADUN berkenaan iaitu Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), S Kesavan (Hutan Melintang), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Chang Lih Kang (Teja) dan Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) telah ditemuinya semalam dan menyatakan tiada hasrat untuk melompat parti.

Katanya, khabar mengatakan mereka akan menyertai BN adalah tidak masuk akal kerana hanya ditimbulkan oleh sesetengah pihak sahaja.

Bagaimanapun, katanya ADUN bekas PKR yang melompat Bebas, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) pula dikhabarkan tidak berpuas hati dengan BN kerana apa yang dijanjikan kepada mereka tidak ditunaikan - Sinar Harian

Khir Toyo diperintah keluar dewan

Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo diperintah keluar dewan hari ini selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker Teng Hang Khim berat sebelah.

Teng yang kelihatan marah, berulangkali meminta Khir supaya menarik balik kenyataannya, yang disebutnya selepas kedua-dua bertekak berhubung definasi "Dewan" yang merujuk kepada dewan undangan negeri. Baca seterusnya disini

Sunday, July 12, 2009

Email Yang Baru Aku Terima - Tak Takut pun

Ini satu orang dah tak ada kerja lain. Dia orang ni senang2 sahaja nak menakutkan orang dan mendapat duit dengan mudah.

Macam lah aku ini orang kaya sangat. Dia ingat rumah aku harga 24 juta ???? . Kereta mewah aku berdozen dozen ???
Pakai kereta Proton harga 27 ribu pun .. ada jugak tertunggak sampai 2 bulan. Ni nak blackmail aku pulak....

Ini emailnya yang aku terima.

From:
To:
undisclosed-recipients


ATTN
YOU HAVE TO LISTEN VERY CAREFUL, THIS IS THE ONLY WAY I CAN CONTACT YOU, MY TEAM HAS

BEEN PAID TO ASSASINATE YOU, AND I HAVE EVERY REASON TO CARRY OUT THE CONTRACT,BUT I DECIDED

TO GIVE YOU A CHANCE AND SAVE YOUR FAMILY THIS PAIN,THIS YOUR ALTERNATIVE,I WISH TO HELP YOU

UNLESS YOU DONT WANT TO HELP YOUR SELF,I WILL SEND YOU ENOUGH EVIDENCE YOU NEED ON A VIDEO

TAPE RECORD TO NAIL MY EMPLOYER DOWN WITH THE LAW.
BEFORE THAT YOU’RE REQUIRED TO MAKE AVAILABLE THE SUM OF $20,000. USD, AFTER WHICH I WILL

DIRECT YOU ON WHAT TO DO NEXT TO SAVE YOUR SELF AND YOUR FAMILY FROM THIS PAIN THAT WOULD

HAVE BEFALLEN YOU FROM MY EMPLOYER, THE MONEY WILL BE USED TO SETTLE THE TEAM MEN INVOLVED

TO GO BACK TO THERE DESTINATIONS AND YOU BETTER KEEP THIS INFORMATION TO YOUR SELF BECAUSE

YOU DONT KNOW WHO IS WHO WHERE YOU ARE NOW, IF HE FINDS OUT I HAVE BETRAYED HIM TRYING TO

HELP YOU, YOU WILL HAVE YOUR SELF TO BLAME, I HAVE ORDERED MY MEN TO STAY AWAY FROM YOU.
DO WE HAVE A DEAL OR NOT?
NOTE: YOU HAVE TWO OPTIONS HERE, (1) YOU HAVE TO GET HIM ARRESTED WITH THE INFORMATION I

WILL GIVE YOU AFTER THE PAYMENT OR (2) YOU HAVE HIM KILLED TO SAVE YOUR SELF.
I WILL VISIT YOUR HOUSE AGAIN BUT NOT NOW, AND IF YOU REPORT THIS TO THE POLICE MY BOYS EYES

ARE ON YOU.
GET BACK TO ME AS SOON AS POSSIBLE.

Rasuah ke Atau Tidak ???

Kalau Undi BN dapat jambatan dan kalau tak undi tak dapat jambatan. Kalau macam itu gayanya ada UNSUR RASUAH tu dan boleh diambil tindakan.

Serupalah macam ini . ' Kalau aku dapat kontrak aku beri kau sebuah rumah berharga RM 24 juta tetapi kalau tak dapat, tak ada lah "

Saturday, July 11, 2009

Warga Emas Buat Perangai

1.Warga emas rogol OKU

Seorang warga emas yang kemaruk seks sanggup merogol seorang wanita kurang upaya berusia 29 tahun dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak lama berhampiran Kampung Kepala Batas, Tumpat. Suspek yang berusia 63 tahun dikatakan merogol mangsa yang menghidap Sindrom Down sebanyak empat kali sejak akhir tahun lalu hingga awal tahun ini.

Kejadian hanya disedari adik mangsa yang berusia 26 tahun apabila mengesyaki kakaknya itu mengalami beberapa perubahan pada fizikal selain tidak datang haid. Akibat rasa curiga, adik mangsa membawa kakaknya ke Klinik Kota Bharu untuk menjalani pemeriksaan pada 18 Jun lalu dan dia disahkan mengandung lima bulan.

2,Wanita warga emas urus rumah pelacuran

Seorang wanita tua berusia 67 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menguruskan sebuah rumah pelacuran, kira-kira lima tahun lalu.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Lai Yoke Yin selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes
pembelaan.

Lai didakwa menguruskan sebuah premis untuk digunakan sebagai tempat persundalan di alamat No 2401, Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan, di sini, pada pukul 4 petang, 6 Disember 2004.

MyMetro

Friday, July 10, 2009

Babi Yang Lari dari Rumah Sembelihan dapat di jinakkan



Akibat rumah persembelihan babi di Kedah telah dirobohkan, seekor babi yang belum dapat disembelih telah terlepas dan lari disebuah kebun penduduk setempat. Babi ini difahamkan cuba merosakkan tanaman penduduk berhampiran dan harta benda penduduk disitu.

Walau bagaimanapun ia telah ditembak dengan ubat pelali sebelum ia menggangu keselesaan orang ramai dan mungkin akan mencetuskan penyakit yang lebih serious. Babi tersebut telah dikembalikan kepada tuan yang empunya.

UMNO Bankrap Idea Menepis Isu Royalti Minyak Negeri Kelantan

Tindakan Pas terus menggunakan isu royalti minyak menunjukkan parti itu telah "bankrap idea" untuk menarik pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan PAS yang bankrap idea tetapi yang sebenarnya UMNO yang bankrap idea bagaimana mahu menepis isu royalti minyak yang sepatutnya wajib diterima oleh negeri Kelantan tetapi tidak diberi oleh Kerajaan Persekutuan

UMNO sudah bersilat menepis kiri dan kanan tetapi sudah tidak dapat mengelak, dan dah beberapa kali terkena sepak terajang dan penumbuk berisi rakyat negeri Kelantan yang menyerang dengan bertubi tubi.

Kesian nya UMNO.

Thursday, July 9, 2009

Wak Tempe Kepanasan

Dr Mohamad Khir berkata yang beliau setuju jual rumah itu RM24 juta kerana ia adalah andaian dan menegaskan rumah itu juga boleh dijual dengan harga RM8 juta dengan syarat digantikan dengan sebuah tapak rumah lain.

Bekas Menteri Besar itu kemudian menegur sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu yang tidak mempunyai kerja lain
cuma mencari kesalahan orang lain sejak kerajaan negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.

Wakkkkkkkk .... dulu kes lembu korban siapa punya kerja ... bukan ke wak punya kerja ??? Wak juga mencari kesalahan kerajaan Negeri dan sekarang baru Wak sedar diri.. Satu persatu akan dibongkar ... Saya pasti wak tak akan senang duduk ... macam duduk atas bara api..


DS Nizar Jamaluddin dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. - Berita Harian

Wednesday, July 8, 2009

Perjanjian Royalti Minyak Antara Kelantan dan Petronas ditemui

Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa sudah menemui dokumen perjanjian lama antara Kelantan dan Petronas berhubung dengan isu cari gali dan pengeluaran minyak di Kelantan.

Beliau berkata, perjanjian pada tahun 1975 itu yang telah ditantangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah, mensyaratkan Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui kawasan pantai dan pesisirnya.....
Petikan Malaysiakini

Tuesday, July 7, 2009

Betul ke Istana Khir Toyo akan di Jual ??

Teringin ke untuk memilik sebuah istana dibina diatas tanah seluas setengah hektar yang dekelilingi oleh pokok yang menghijau di Seksyen 7, Shah Alam Selangor.?

Istana tersebut adalah dimiliki oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

Wakil Rakyat kawasan Sekincan YB Ng Suee Lim menganggarkan istana tersebut bernilai RM 24 juta manakala Dr Khir Toyo menyangkalnya dan memaklumkan bahawa harga istana tersebut hanya berjumlah RM 3.5 juta.

YB Ng Suee Lim telah diminta oleh Dr Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor untuk menjadi agen hartanahnya untuk menjual tanah tersebut pada harga RM 24 juta dan memberi komisen berjumlah 50% dari harga tersebut.

Dengan perkiraan mudah harga rumah akan dijual dengan harga RM 12 juta jika YB Ng ingin membelinya. Jika orang ramai ingin membelinya bolehlah berbincang dengan YB Ng untuk mendapat harga berpatutan.

Guna Daging Babi Untuk Rekrut Ahli Baru - Nama Pekida DiGunakan

Segelintir individu yang mendakwa menganggotai pertubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjalankan upacara baiah (perakuan sumpah setia) pelik dan jijik untuk merekrut ahli baru, termasuk menggunakan daging babi.

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof, mendedahkan individu terbabit sebenarnya bukan ahli Pekida, tetapi menggunakan nama pertubuhan itu untuk keuntungan diri sendiri, termasuk menjual nama mereka kepada golongan tertentu.

“Mereka sanggup menggadaikan maruah Pekida dengan mendakwa boleh dijadikan pengawal peribadi dan mengambil upah melakukan kegiatan tidak berhemah dan tidak bermoral seperti membelasah atau menculik orang.

“Kami mendapat maklumat seperti itu dalam proses pemutihan ahli sejak awal tahun ini hingga sekarang. Mereka yang sukar dikesan dianggap anggota klon Pekida yang mengetahui selok-belok pentadbiran dan pergerakan Pekida,” katanya.

Antara yang dikesan Pekida ada kumpulan menggunakan daging babi untuk upacara merekrut ahli baru.

“Seseorang ahli baru perlu merangkak di bawah meja dengan di atasnya dipenuhi daging babi. Selepas merangkak, dia akan disuruh menyembah patung Buddha sambil memegang colok dibakar.

“Lebih teruk, rekrut itu diwajibkan toreh tapak tangan dengan pisau hingga mengeluarkan darah sebelum minum darah yang mengalir itu,” katanya.

Darah itu kemudian akan dicampur dengan arak sebelum diminum sebagai syarat menganggotai kumpulan itu. -MyMetro

Sila baca seterusnya disini

BERITA DARI BLOGGER 2