Friday, December 23, 2011

Khir Toyo dihukum penjara setahun

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Ulasan.

Sejauh mana hukuman ini akan kekal ? Adakah ianya akan kekal selepas Khir Toyo membuat rayuan. Sama sama lah kita lihat......

Wednesday, November 2, 2011

Rosmah berlepas ke Arab Saudi - tunaikan Haji sambil shopping

 





SEPANG 31 Okt. - Lebih 1,000 orang membanjiri Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, untuk menghantar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan ibadah haji ke tanah suci Mekah.

Najib yang akan berada di Mekah sehingga 9 November ini ditemani isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan adiknya Datuk Mohamed Nazim Tun Razak.

Rombongan Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah terlebih dahulu sebelum berangkat ke Mekah bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.



Ulasan;   Rosmah   tentunya akan shopping sakan tu

Saturday, October 22, 2011

Harap tarik balik penggantungan.- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.


NONEMalaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.

Malaysiakini

Najib bayar RM 4.00 Rakyat Bayar RM 6.00 Makanan Yang sama

 Peristiwa itu berlaku di sebuah restoran ‘Ukhwah’ dan disiarkan meluas oleh blogger upahan Umno dan media arus perdana pro Umno, konon Najib adalah pemimpin rakyat, sanggup makan ‘menu rakyat’ yang berharga RM4.00 sahaja.

Namun, apa yang mengejutkan, ada yang mendakwa harga sebenar ‘menu rakyat’ seperti yang didakwa tidaklah semurah yang disangka.


Najib begitu bangga dengan harga makanan ‘menu rakyat’ yang dikenakan padanya.

Dakwa Najib, lauk ‘menu rakyat’ yang diambilnya seperti sepinggan nasi, seketul ayam gorang berkuah kari, kari daging lembu dan acar buah hanya berharga RM4.00.

Namun apa yang sebenarnya ialah, harga RM4.00 yang didakwa Najib itu hanyalah satu pinggan nasi, sepotong ikan goreng, kangkung masak kicap sahaja, tidak pula seperti lauk yang dipaparkan dalam media seperti yang Najib ambil.

Padahal harga sebenar ‘menu rakyat’ yang Najib makan ialah RM6.00 dan itulah rakyat di luar sana perlu bayar. Tidak pula Najib yang mempunyai ‘keistimewaan’ sekadar membayar RM4.00 sahaja dengan lauk yang sama. Untung engkau Najib! Rakyat juga yang terkapai-kapai.



warkah daily


Ulasan . Bagi saja Najib tu makan free lagi baik.... tak usah letakkan harga pada dia...

Monday, October 10, 2011

PKR mahu Khalid disingkir sebagai MB Selangor?

Hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh sehingga ada kumpulan wakil rakyat parti itu mendesak pimpinan parti supaya memecat Menteri Besar Selangor itu.

anwar ibrahim and wan azizah sodomy trialPortal berita AntaraPos.commelaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.

Bagaiamanapun, difahamkan Wan Azizah enggan berbuat demikian. Tindakan beliau itu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan wakil rakyat berkenaan yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.

Memetik beberapa sumber dalaman, AntaraPos.commelaporkan kemelut berkenaan telah mencetuskan krisis dalaman parti yang memberi kesan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.

Ini juga dikatakan sedang menghakis peluang gagasan itu untuk mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Rungutan utama wakil rakyat PKR terhadap Khalid adalah bahawa prestasi kepemimpinan PKR di Selangor tertinggal jauh berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.



setrusnya baca DISINI


Malaysiakini

Wednesday, October 5, 2011

POLIS BERSALAH KETIKA MENYURAIKAN HIMPUNAN BERSIH 2.0

Siasatan dalaman Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa pihak polis telah melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada Julai lalu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageMengulas laporansiasatan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam, dalam satu kenyataan lewat petang ini, berkata anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.

Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata Mahmood.


Laporan yang dikeluarkan hari ini, juga mengesahkan bahawa meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.

Malaysiakini

Apa komen TV3 .... dan KPN dan KDN dan yang lain lain yang mengatakan polis tidak bersalah dulu...??????


Wednesday, September 28, 2011

Mahkamah benar Bersih cabar pengharaman, kes didengar 22 Nov


Mahkamah Tinggi membenarkan Bersih 2.0 untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya itu awal Julai lalu.
Dengan mengetepikan permohonan Peguam Negara agar membatalkan permohonan Bersih, mahkamah menetapkan 22 November ini untuk mendengar kes tersebut.
“Ini penting memandangkan ia membolehkan kepentingan publik didengar di mahkamah terbuka,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan kepada pemberita selepas bertemu dengan hakim di kamarnya.- 
Malaysian Insider

Thursday, September 15, 2011

"Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.


"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya.  Ini memang orang-orang yang berjuang.  Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang.  Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang.  Dia menyambut.  Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."


Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam.  Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.  Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British.  Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau.  Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan.  Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya.  Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja.  Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan.  Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu.  Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.


Petikan DETIK daily

Melayu dijajah 400 tahun - Kata Ibrahim Ali

  Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan orang Melayu dan Bumiputera telah dijajah lebih 400 tahun dan oleh itu, tidak mungkin boleh maju dalam dua dekad sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan.
Tempoh 20 tahun DEB berakhir 1990 dan matlamat dasar itu diteruskan menerusi dasar-dasar susulan sejak itu.
Sehubungan itu kata beliau, orang Melayu dan Bumiputera sewajarnya diberi masa dengan menganggap bahawa tempoh DEB antara 1970 hingga 1990 sebagai fasa pertama dan era selepas 1990 sebagai “fasa kedua.”
“Harus diingat bahawa Melayu dan Bumiputera telah dijajah lebih 400 tahun. DEB hanya dilaksanakan dari 1970 hingga 1990.
“Mana mungkin (kaum yang) dijajah 400 lebih boleh maju, berjaya dalam tempoh 20 tahun dan waktu DEB dilancar dan dilaksanakan, orang Melayu dan Bumiputera belum bersedia dan serba kekurangan,” kata Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ibrahim (gambar) menggunakan rujukan dijajah dengan tempoh pelaksanaan memajukan orang Melayu dan Bumiputera ketika negara berhadapan dengan polemik sama ada Tanah Melayu benar-benar dijajah oleh British dan kuasa asing.

Malaysianinsider

Umno kata Malaysia tdak pernah dijajah tapi Ibrahim Ali kata orang Melayu telah 400 tahun dijajah.. Mana satu betul ni.

Friday, September 9, 2011

DS Najib sebagai semakin lemah akibat tindak tanduk Rosmah


Satu gerakan tersusun yang dinamakan ‘Bersihkan Najib’ di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.


Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara.


Antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya.Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang.


Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya.


Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri. Lebih menghairankan kebanyakan ahli ahli Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya.

dari Pena Kusisip blog

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman Tidak Jujur - Prof Abdul Aziz Bari


 Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, yang menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai “Mat Indera” bukan seorang pejuang mendapatkan kemerdekaan tetapi komunis, sebagai “tindakan tidak jujur” selaku ketua kerajaan negeri.
“Kenyataan Menteri Besar (Ghani), sebagai seorang bekas ahli akademik, dapat mengatakan begitu... ia tidak wajar memandangkan buku (Pengukir Nama Johor) dikeluarkan oleh kerajaan negeri (pada 2004),” kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menambah, “lebih parah kerajaan negeri tidak tahu apa yang dia lakukan. Beliau sebagai Menteri Besar sewajarnya ambil tahu kandungan dalam buku kerana ia diterbitkan oleh kerajaan negeri. Ia memperlihatkan satu kebodohan dan memalukan.”
Menteri Besar itu ada menyediakan prakata dalam buku itu yang menyenaraikan sejumlah pejuang kemerdekaan dan tokoh negeri Johor.
Sebelum ini, Yayasan Warisan Johor (YWJ) berkata walaupun nama Mat Indera disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam Pengukir Nama Johor namun dia tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Tuesday, September 6, 2011

‘Secara teknikal tidak, pada hakikat British jajah kita’- Aziz Bari:

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah “dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal” oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu.
“Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British,” kata beliau dalam reaksi kepada The Malaysian Insider hari ini.
seterusnya baca disini

Saturday, September 3, 2011

Apa Kata TS Mahyuddin Yassin Bila Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

  Buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. 


Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.  Adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.


Apakah komen Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri yang kedua-duanya orang Johor berhubung dengan pengiktirafan oleh kerajaan negeri Johor sendiri keatas Mat Indera.?

Selanjutnya baca di SINI 

PM bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan?

Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.

NONE
Kali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.

Dalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.

“Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," tulisnya dalam laman Twitter.

Bagaimanapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.

 Seterusnya di Malaysiakini


Thursday, August 18, 2011

Panglima Angkatan Tentera Sangkal Undi Diseleweng

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

NONEPanglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

 Ulasan'
Tak apa lah Tan Sri Gen, kami tahu Gen menerima arahan untuk menyangkal dakwaan undi pos diseleweng. .....

Rosmah: Bersyukur dengan keamanan Malaysia

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata rakyat Malaysia amat bernasib baik kerana dapat menjalani kehidupan pelbagai kaum secara harmoni dan dalam suasana aman dan damai.

NONESehubungan itu, beliau meminta rakyat bersyukur dengan keamanan negara hingga membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat di beberapa negara asing yang kini bergolak dan dilanda krisis kebuluran.

 Malaysiakini

 Ulasan 
Mana ada aman.... nak pakai baju kaler kuning pun tak boleh ... nak buat perhimpunan pun tak aman asik kena gas dan kena pancut air,.. Itu yang dikata aman ??????????. Cakap ikut suka je.....
 

seterusnya  DISINI

Wednesday, August 17, 2011

Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

NONEKamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.

 malaysiakini

Friday, August 12, 2011

MISMAH DITEMUI

 
NONE  Seorang warganegara baru Mismah - yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam - akhirnya ditemui media.

Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya.
"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Monday, August 8, 2011

Dr Khir Toyo diarah bela diri

  Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.

Beliau kemudian menetapkan 26 hingga 30 September ini untuk pembelaan yang dijangka mengemukakan sembilan saksi.

Malaysiakini

Tuesday, August 2, 2011

NAJIB TAKUT DENGAN MIC

WarkahDaily – Sekali gertak, terus je Najib umum jawatan menteri penuh buat MIC. Mana kehebatan Umno yang dikatakan oleh blogger dan barua-baruanya selama ini konon Umno adalah ‘bos’ dan berkuasa dalam Barisan Nasional (BN).


Najib bersalaman dengan Palanivel selepas beliau mengumumkan perlantikan Palanivel sebagai menteri penuh di Perhimpunan Agung MIC ke- 65 di PICC di Putrajaya.
Tetapi apa yang menjadi realiti, Najib baru-baru ini telah mengumumkan MIC akan menerima satu lagi jawatan menteri penuh konon meneruskan amalan pentadbiran bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.

Menurut Najib, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

baca seterusnya DISINI

Monday, August 1, 2011

Ku Li ganti Anwar hanya lawak jenaka

 
  
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.

Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.

harakah

Sunday, July 31, 2011

Musuh Nombor Satu - Raja Petra Kamarudin

Raja Petra Kamaruddin berkata .....Bloggers Umno memaki, meraung, merintih, merungut dan mengadu kerana menuduh saya berbohong (menfitnah) dan berbuat propaganda. Mereka memanggil saya 'Raja Putar' dan mereka mengatakan bahawa Malaysia Today adalah pakar pemutar terbesar untuk Pakatan Rakyat. Dan Blog Ummo bukan sahaja cuba membunuh karektor saya malahan juga membunuh karektor isteri dan anak-anak  saya.

Oleh itu, pertama sekali, saya amat berbesar hati bahawa Blogger Umno menganggap saya Musuh Nombor Satu. Ia tidak mudah untuk menjadi Musuh Nombor Satu. Banyak kerja keras perlu dibuat untuk menjadi nombor satu. Lagipun, terdapat berjuta-juta Blogs di luar sana di dunia siber yang bersaing untuk satu nombor. 

Kedua, Malaysia Today bukanlah 'Pakar Pemutar Terbesar untuk Pakatan Rakyat'. Jika Malaysia Today berkhidmat untuk Pakatan Rakyat, maka bagaimana pula terdapat ramai di dalam Pakatan Rakyat yang marah dengan saya dan membenci saya? Malah, saya tahu ada orang dari Pakatan Rakyat yang  mendakwa bahawa saya bekerja untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketiga, saya gembira kerana kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat amat membenci sangat kepada saya. Ia tidak mudah untuk mendapatkan kedua-dua belah parti politik untuk membenci anda. Mendapat satu pihak untuk membenci anda dan bahagian lain untuk mencintai anda adalah mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Tetapi untuk mendapatkan kedua-dua pihak untuk membenci anda adalah tugas yang tidak ramai rakyat Malaysia boleh mencapai.

Keempat, dan perkara yang paling penting sekali, apa yang anda telah dapat semata-mata atas perbuatan anda sendiri. Anda lihat, di Malaysia, anda bersalah sehingga telah terbukti  tidak bersalah . Inilah bagaimana kerajaan, Barisan Nasional dan Umno memainkan permainan. Mereka mengaku anda bersalah dan adalah semata-mata peraturan seperti yang ditetapkan oleh orang-orang yang memegang tampuk kuasa.

Dipetik dan terjemahkan dari Malaysia Today dan seterusnya DISINI

Saturday, July 30, 2011

Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan - Professor Shad Saleem Faruqi

 
Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.
MALAYSIAKINI 

Selanjutnya DISINI

Friday, July 29, 2011

NAJIB BUAT LAWAK BODOH

  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan menyambut baik keputusan polis bagi membebaskan semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat.


Bercakap kepada wartawan selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur, petang tadi, Najib berkata keputusan pihak polis itu dibuat berdasarkan pengamatan mereka sendiri.

“Kita menerima baik keputusan yang dibuat oleh pihak polis... terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan apa-apa tindakan (selanjutnya). Sebagai sebuah negara (berdaulat), kita berpegang kepada 'rule of law',” katanya.


malaysiakini 



Ulasan

Polis tu bawah siapa dan  ikut arahan siapa ?????  Kalau nak buat lawak tunggu lah musim pertandingan RAJA LAWAK. Tetapi kena resign jadi Perdana Menteri.  

Geli betul hati dengar lawak Najib......Tetapi rakyat Malaysia tidak boleh diperbodohkan . Mereka dah tahu dah siapa bagi arahan tangkap dan lepas.... 


Najib tak habis2 hendak mengelirukan  rakyat,----mana mungkin menteri ikut arahan polis, tentunya Hishamudin  dapat arahan darinya sebab takut sokongan orang India merosot pada BN.        
 
Bila dah tangkap kemudian lepaskan kata kerajaan sambut baik...sendiri tangkap sendiri lepas kemudian puji diri sendiri...

 Atau mungkin rasanya Najib dah 'tak betul' agaknya.

Wednesday, July 27, 2011

Wanita berusia 28 tahun membuat ketuk ketampi di Balai Polis - jadi jutawan

 Gambar Hiasan

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan. 

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.
  
malaysiakini
sila baca diSINI

PENGGUNA INTERNET MENGARAHKAN NAJIB DIAM

  Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

NONEMalah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.
 
 
malaysiakini
 Ulasan .
Teramat sedih apabila seorang PM di arahkan diam. Bolehkah disamakan sebagai memarahi kanak kanak supaya tidak membuat bising apabila orang dewasa berborak. 
 
Kesiannya ...... 

Tuesday, July 26, 2011

Wajah sebenar pemimpin Umno-BN

Wajah sebenar pemimpin Umno-BN semakin terserlah apabila bertindak melulu tanpa berpegang dengan prinsip keluhuran perlembagaan yang selama ini dijunjung tinggi namun rakyat dilayan seperti komunis yang bergerak di hutan.

 
Bak kata profesor yang dulunya mesra dengan Umno, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang mengklasifikasikan cara pemimpin Umno-BN menangani kebangkitan rakyat dengan cara komunis dan masih lagi menggunakan taktik era Perang Dingin. 

Baca seterusnya DI SINI

  warkahdaily

Wednesday, July 20, 2011

Mangsa kekejaman polis boleh dakwa kerajaan dan polis – Bekas ketua polis

Negara yang disangka demokrasi tetapi rupa-rupanya masih lagi diperintah komunis. Namun komunis Malaysia berwajah Umno-BN yang dahulunya menuduh pihak BERSIH 2.0 sebagai dalang yang mahu pergerakan komunis kembali di negara ini.

Lebih dahsyat lagi, tindakan kekejaman kerajaan Umno-BN melalui polis turut membuat sebuan dan semburan air kimia ke arah kawasan hospital dan tempat ibadat.

Bagi bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak, Voon Lee Shan, tindakan itu adalah tidak beradab dari pihak polis.

Dipetik dari Keadilandaily, Voon berkata, semua tangkapan pada hari tersebut sebagai tidak sah, Voon menjelaskan peserta himpunan yang dikasari perlu mempertahankan hak mereka, termasuk mendakwa kerajaan dan polis.


“Sedangkan orang yang bersalah atas dakwaan jenayah pun wajib diberi hak keselamatan dan perlindungan. Apa lagi peserta himpunan aman?

“Kalau orang yang dah berlindung di hospital pun – ditangkap, itu tak beradab. Tak berperikemanusiaan,” kata Voon yang pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pendakwaraya di Kuching selama 7 tahun.

Beliau menjelaskan, polis selalunya beralasan tindakan mereka dengan tujuan mempertahankan keselamatan dan menguatkuasa undang-undang.

“Tetapi polis perlu ingat, peserta himpunan juga mempunyai hak yang termaktub dalam undang-undang.

“Artikel 10 Perlembagaan Pesekutuan melindungi hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Undang-undang itu lebih unggul (superior) daripada Akta Polis yang kononnya digunakan untuk membenarkan tangkapan,” katanya kepada Keadilandaily.

Ditanya mengenai serangan dan tembakan gas pemedih mata terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di KL Sentral, Voon memaklumkan melalui pemerhatiannya, polis tidak mematuhi kaedah standard operasi (SOP)

“Mereka tidak berunding atau memberikan masa. Malah, tembakan amaran yang dilepaskan tak mengikut prosedur yang sepatutnya berjarak masa yang munasabah.

“Ini melampaui batas,. Kerajaan wajib bertanggungjawab atas tindakan mereka,” jelas Voon.

warkahdaily

Saturday, July 16, 2011

'Polis bengis macam nak makan saya'

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

NONE"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci"


malaysiakini

baca seterusnya di SINI

Wednesday, July 13, 2011

Perbicaraan Anwar ditetapkan 8 - 26 Ogos in

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.

Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.

NONESebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya.

Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.

6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

malaysiakini

Monday, July 11, 2011

5,000 peniaga KL rugi RM100 juta

KUALA LUMPUR 10 Julai - Kira-kira 5,000 peniaga kecil dan sederhana sekitar ibu negara dilaporkan terjejas kerana perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, dengan kerugian dianggarkan RM100 juta.

Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, nilai kerugian itu diperoleh daripada anggaran keuntungan RM10,000 setiap hujung minggu bagi seorang peniaga.

Ulasan

1. Mari kita fikir 5000 peniaga rugi 100 juta, jadi satu peniaga rugi rm 20,000 pada hari tersebut kerana tidak dapat jualan sebanyak itu.

2. satu hari je boleh dapat jualan sebanyak rm 20,000 dengan keuntungan sebanyak rm 10,000. bagi seorang peniaga kecil .... Wowwwww banyak tu

3. Satu hari untung RM 10,000... sebulan ada 4 hari ahad dan 4 sabtu... sudah jadi lapan hari .

4. 8 hari rm 10,000 = RM 80, 0000.

5. hari biasa katakan dapat RM 4,000 sehari keuntungan sebanyak 22 hari = RM 88,000

6 Keuntungan keseluruhan ada lah sebanyak RM 168,000 sebulan ....... Tiba masanya LHDN menyiasat .

Keuntungan sahaja sebanyak itu... tak kisah lah .... dah rezeki dia ...tetapi Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah kena lah buat pengiraan bebaik... Rasa macam tak betul je.... Tak kan jual air dan jambu batu boleh untung banyak itu.

Adakah menjual roti canai dan mee goreng boleh dapat banyak itu keuntungan, ?? Dan jual karipap, popeya dan goering boleh ke dapat banyak itu ?????

Kalau nak buat tuntutan buatlah tuntutan kepada Najib / Rosmah atau Hishamuddin kerana dia yang menghalang orang datang ke Kuala Lumpur.

Kementerian dia yang melakukan kekerasan pada orang ramai. Cuba dia benarkan dibuat secara aman berkemungkinan jualan akan meningkat kerana lepas berhimpun mereka makan makan dan membeli belah....

Saturday, July 9, 2011

MAAF BANYAK BANYAK KAMI HANYA MENERIMA ARAHAN


Polis berkata. "Maaf banyak banyak. Kami hanya menerima arahan dari orang atas. Semoga tiada dendam antara kita." Harap tuntutan tuan semua diluluskan"

Peserta BERSIH. " Terima kasih kerana bagi kami bom asap dan air pancut."

Ambiga dan Hadi dibebaskan

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.
Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Thursday, July 7, 2011

Menteri KDN di Harap Dapat Membezakan Antara Kempen dan Pertubuhan


“Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram.

Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi.

Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.

Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih.

“Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga.

Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011.

Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah.

Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi.

Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966.

Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit.

“Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai pertubuhan haram,” katanya.

Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen.

Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera.

-Harakahdaily

BERITA DARI BLOGGER 2