Harakahdaily |
IPOH, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kesal dengan keterangan yang mengelirukan daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung majlis ancak. Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali menyatakan demikian setelah meneliti surat jawapan balas Zambry kepada Harussani berhubung dengan perbuatannya menghadiri majlis ancak tiang seri dua bulan yang lepas. Katanya, hujah menteri besar itu tidak diperkukuhkan dengan nas Al-Quran dan Sirah Nabi bagi menjelaskan kepada ummat Islam hukum sebenar terhadap majlis yang diadakan tersebut. “DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry tidak berkata benar setelah Tan Sri Harussani ingin mendapatkan penjelasan. “Jelas Datuk Seri Zambry yang baru menunaikan ibadah haji tidak memperjelaskan perkara sebenar apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut di Kampung Guar, Manong,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, DPPN Pk amat kesal sikap berdalih Zambry kerana masih mengelirukan umat Islam di negeri ini khasnya dan negara amnya. Sehubungan itu, tegasnya DPPN Pk mendesak Zambry agar menjelaskan perkara sebenar supaya tidak terus mengelirukan umat Islam. Ini, tambahnya kerana Zambry yang memegang jawatan penting berkaitan agama Islam tidak sepatutnya menghadiri atau membenarkan majlis seumpama Majlis Ancak Tiang Seri dijalankan serta diamalkan kembali di negeri ini. “DPPN Pk meminta kepekaan Datuk Seri Zambry agar berterus terang di dalam perkara ini agar ummat Islam tidak terus mengamalkannya,” ujarnya. |
Wednesday, December 29, 2010
Zambry kelirukan Harussani?
Wednesday, December 22, 2010
BLOG YANG HARUS DI BACA
Wednesday, December 22, 2010
Unfit to be Prime Minister....of any country!
"SOME MEN SEE THINGS AS THEY ARE AND ASK WHY. I DREAM THINGS THAT NEVER WERE AND SAY WHY NOT"
I want you all to understand this. When in power these kinds of leaders will do what they want. They would not investigate themselves. MACC, the AG, the Judiciary and PDRM (among other Government entities) are there to ensure that these leaders are given the means and leeway to do what they want. And what they want is to stay in power and make money for themselves and their cronies.
And who are the people who have been in charge in Malaysia? For 22 years of the last 30 years it has been this man call Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. The fourth Prime Minister of Malaysia whose political career has lasted 40 years and still counting.
Just as Singapore has been shaped by one iconic man Lee Kuan Yew, Malaysia too has been shaped by one man, Mahathir……and therein lays a tale. Singapore is one of the world’s most prosperous countries with strong international trading links with per capita GDP equal to that of the leading nations of Western Europe. Malaysia has the most prosperous politicians and strong family links with these politicians will ensure that your personal capita GDP will be equal, if not better than that of many African Politicians with similar inclinations to rob their own country blind. Transparency International Corruption Perception Index of the past 16 years puts Malaysia as the worst country in Asia-Pacific. Malaysia is the 7th most corrupt nation in Asia. Corruption is common among the country's political and business class. Bribery and other corrupt practices pose major problems for companies operating in Malaysia. The business of government is equally corrupt. So while Singapore has taken the high road, Mahathir has taken the low road and he has, unfortunately, taken us along for the ride.
Now we have Najib Tun Razak. This man is unfit to be our leader. Unfit to be the Prime Minister of our country. He would have a hard time holding on to a position as Manager of any decent size organization where decency, honesty and integrity are required of its employees – as it should be of any individual holding a position of responsibility.
But in UMNO he thrives! He is their President! He can fool UMNO, he can fool the Attorney General of Malaysia, he can fool the IGP, he can fool the Cabinet (though one can argue that the closing of one eye and the shutting of the other has the same effect!) – but try as hard as he can, he will not fool us and of course he cannot fool his wife. After all it takes a thief to catch another thief…birds of a feather flocks together…get my drift?
Why is Najib unfit to be our Prime Minister? Let me count the ways…..
Hands down the tragic murder of Altantuya tops the list. Don’t ask me about it because I am bias. Go ask that Indian kachang putih seller, the Pak Chik selling satay by the roadside or that Chinese guy selling Yong Tau Foo at the market in Lucky Gardens each morning. Ask them about Najib and Altantuya. This is what they say:
KLIK disini untuk selanjutnya.
Tuesday, December 21, 2010
INGAT DIA ORANG BOLEH MENANG KE - SEMUA MAHKAMAH AKU YANG JAGA
Monday, December 20, 2010
Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang
Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki dua syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usahasama.
Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya, membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".
Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah berkenaan, termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.
“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.
"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Jemput SPRM
Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.
Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.
Beberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.
Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.
Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baru surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.
“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.
Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.
Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.
Sunday, December 19, 2010
Friday, December 17, 2010
Datuk Nazri Aziz - Jangan Kata Speaker Dewan Tidak Boleh DiCabar .
Dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak yang sah. Sekarang UMNO/BN telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.
Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.
Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Sunday, December 12, 2010
Najib gelabah rakyat bangkit
Idris Ahmad |
PAS nampak Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13. Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuanya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun. Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk mendapat sokongan majoriti kerana masih ada lagi rakyat yang belum berpuas hati terhadap BN. Rakyat mula membuat perbandingan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai hasil yang banyak tetapi mampu membuat kebajikan kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah dan sebagainya. Rakyat sudah membayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat dengan hasil yang begitu melimpah ruah, maka banyak lagi kesenangan rakyat akan diperolehi. Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri BN yang memerintah. Sebaliknya rakyat hanya dapat kenaikan harga barang, petrol, gas dan akan datang pula kenaikan tarif elektrik. Taktik serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melindungi masalah dalaman BN yang begitu parah. Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sebaliknya berakhir dengan perang mulut antara Umno dan MCA mengenai isu ketuanan Melayu. Slogan 1Malaysia nampaknya tidak berapa menjadi untuk menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu untuk bersama dengan BN, maka jalan keluarnya ialah dengan menyerang Pakatan Rakyat. Hari ini Datuk Seri Najib mendakwa siapa yang mengatakan Felda bankrap pengkhianat bangsa. Apabila peneroka sudah mempunyai kekuatan dan celik maklumat hasil daripada perjuangan PAS yang menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk generasi kedua, maka banyak tembelang Umno BN sudah terbongkar. Barisan Nasional tidak boleh menipu generasi kedua peneroka kerana mereka adalah generasi yang bermaklumat dan terpelajar. Sekarang mereka bangkit menuntut hak mereka, selama ini bapa mereka diperah seperti kilang sawit memerah buah sawit, yang peneroka dapat hanya hampas ini yang menjadi kemarahan Datuk Seri Najib. |
Tuesday, December 7, 2010
Khir Toyo Serah Surat Letak Jawatan Ketua Pembangkang Esok
SHAH ALAM, 7 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada Badan Perhubungan Umno negeri, pada Rabu.
Katanya beliau menyerahkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengisi jawatan itu.
"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Badan Perhubungan Umno Selangor sebagaimana yang diumumkan menerusi laman blog saya, www.drkhir.com, semalam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Semalam, bekas Menteri Besar Selangor itu menerusi laman blognya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta.
Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang dan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.
Semalam Dr Mohamad Khir, 45 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di No 8 dan No 10, Jalan Suasa 7 /1L, Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM6.5 juta yang dibeli dengan harga hanya RM3.5 juta.
Selain beliau, pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Haryoni, 52, yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Dr Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Dr Mohamad Khir yang menjadi Menteri Besar Selangor ke-13 menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar, dari Ogos 2000 hingga Februri 2008, berkata beliau memutuskan meletak jawatan demi kebaikan parti dan juga taraf jawatan tersebut.
Katanya, adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan tersebut sementara menunggu proses mahkamah yang akan menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak mengikut pertuduhan itu.
Beliau berkata keputusan itu diambil kerana khuatir kemungkinan akan wujudnya pelbagai andaian serta spekulasi daripada pihak luar khususnya pembangkang yang akan mengaitkan tuduhan itu dengan parti dan jawatan Ketua Pembangkang Selangor.
-- BERNAMA
Sunday, December 5, 2010
Poilis Mungkir Janji kata MB Selangor
Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"
“Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat,” kata menteri besar.
Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.
“Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid.
Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.
Malaysiakini
Thursday, December 2, 2010
Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno ‘Hidup Melayu’ perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu ‘Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat’. Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno. Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. “Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu. “Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja,” ujarnya. Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. “Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?” soalnya. Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya. “Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa. “Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja,” ujarnya. Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara. Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat. Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. “Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. “Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno,” katanya. Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. |
Monday, November 29, 2010
MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'
Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.
Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."
Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.
"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.
Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.
Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.
"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.
Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.
"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Malaysiakini
Thursday, November 25, 2010
PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHANRAYA
Bernama
Dah jadi perkara biasa dah ....... kena lah buat macam tu ... kerana takut kalah teruk dalam pilihanraya akan datang ... tetapi yang pastinya kalah tetap kalah .....
Wednesday, November 24, 2010
Najib bimbang, siasatan Scorpène semakin meluas
Harakahdaily |
|
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène. Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu. Kisah seterusnya klik disini |
Monday, November 22, 2010
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Tidak perlu diadakan pilihan raya Negeri Selangor
Malaysiakini
Sunday, November 21, 2010
Akta siber: Kerajaan mahu rakyat buta, pekak
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat. Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat. "PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN. "Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. "Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja. Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang. "Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno. "Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi. Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut. Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan. "Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya. Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa. "Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya. |
Saturday, November 20, 2010
Polis Langgar Kebebasan Beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap orang di Masjid Negara
Menurut peguam Hanipa Maidin, hakim Mahkamah Sesyen itu membebaskan mereka atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes mereka.
“Yang lebih menarik, hakim kata polis langgar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap tertuduh di Masjid Negara,” ujarnya dalam sms kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. [Imbas foto kejadian]
"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.
“Yang lebih menarik, hakim kata polis langgar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap tertuduh di Masjid Negara,” ujarnya dalam sms kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.
Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.
Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.
Takbir, ciuman gembira
Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Selepas saja Jagjit mengumumkan keputusan itu, mahkamah bergema dengan suara takbir daripada orang ramai yang hadir.
Dari Harakah dan Malaysiakini
Friday, November 19, 2010
Najib bahagi 659 ekor lembu kepada Umno bahagian Pahang.
Dulu gawat masa Hari raya eidul adha apabila MB Selangor mengagihkan 46 ekor lembu korban untuk HariRaya Adha. Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut. Gerak membuat aduan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak - kawasan Parlimen Abdul Khalid - ketika Hari Raya Korban yang lalu.
Masa itu PR baru menang. Ramai yang nak jadi pahlawan. Para media pun nak tunjuk juara mengampu mereka. Pemuda UMNO ketika menyerang MB Selangor itu memberi sebab dan alasan dengan menyebut amalan korban ni adalah satu amalan yang dikhaskan untuk dilakukan oleh seseorang individu. Amalan korban bukan ditujukan kepada institusi. Kalau suruh institusi yang buat korban, nilai amalan dan pahala tu tuhan nak bagi siapa pulak. Jadi, di sini sudah wujud dua kesalahan. Pertama melakukan amalan korban tidak mengikut seperti mana tertib yang tuhan syaratkan iaitu kepada individu muslim dengan duit poket sendiri.
Kedua, mengarahkan institusi perbendaharaan kerajaan pula menanggong kos amalan korban bagi pihak Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ini adalah satu penipuan serentak yang dilakukan terhadap tuhan dan manusia. Inilah bahananya bila amalan agama pun mahu dijadikan sandaran untuk persembahan politik..
Khalid Ibrahim pula menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak). Beliau berkata : Kerajaan negeri sentiasa berpegang teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawab secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.
Muslimeen United/Bernama
Yang Najib bagi 659 ekor lembu untuk korban ini tak ada ke orang nak repot kat SPRM ?????? seperti mana orang repot Khalid dulu.??. Jangan pilih kasih .... Cara nya sama saja....
Thursday, November 18, 2010
K uman VD dah merosakkan Otak Dr Chua Soi Lek
Wednesday, November 17, 2010
Rombakan Kabinet ??????
"Saya sedang memikirkan... (sebelum ini) tergendala dua minggu sebab saya kena penyakit. Selepas ini, saya sudah bekerja seperti biasa dan saya akan beri tumpuan," katanya.
Najib pada awal bulan ini diserang penyakit cacar atau demam campak dan terpaksa bercuti rehat.
Pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, beliau yang juga Presiden Umno berkata perubahan dalam kepimpinan Umno di peringkat tertentu supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak, akan diumumkan apabila sampai masanya.
Ditanya sama ada rombakan Kabinet akan dilakukan, Perdana Menteri berkata: "Tak kan saya hendak beritahu. Rombakan Kabinet tidak akan diberitahu. Kalau tiada...tiada, kalau ada...ada".
Najib berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini. Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Malaysiakini
Saturday, November 13, 2010
Demo macam ini polis tak suraikan ke ????
Tetapi kenapa banyak nampak orang yang berkulit gelap .......??? Kenapa pula polis tak suraikan ??? .
Agaknya kalau demo tersebut memburukkan tentang PKR, PAS dan DAP, mungkin diberi kelonggaran tetapi jika sebalik nya tidak akan dibenarkan.
Friday, November 12, 2010
Samy Velu tak Faham Bahasa Melayu
Keputusan kerajaan Selangor yang melarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu menimbulkan kemarahan MIC yang menuntut ia ditarik balik.
Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan kerajaan Pakatan Rakyat itu mencerminkan kecetekan pemahaman berhubung perhubungan kaum di Selangor.
Samy Vellu mengulas jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di dewan undangan negeri Selangor, semalam.
Khalid, semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua), berkata rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina sebarangan bagi mengelakkan ketegangan kaum.
Deyyyyy Samy ...... Lu ada faham kah itu perkataan sebarangan ????? Sebarangan itu serupa macam suka suka bikin.. Kalau ada pokok ... bikin kuil ... kalau ada busut bikin kuil ... Kalau mau bikin ...ikutlah cara cara yang betul .... dan buat ditempat yang sesuai tertakluk kepada kebenaran pihak pihak tertentu.
Thursday, November 11, 2010
Sudah Terang Khurafatnya - Mufti Pula kata Zambry tidak syirik
Harakahdaily |
IPOH, 11 Nov: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria didakwa cuba menghalalkan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu. Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata Harussani sebenarnya belum menjawab apa yang dipersoalkan oleh pemuda PAS Perak, mengenai upacara itu sama ada bercanggah dengan Islam atau tidak. "Jawapannya juga saya lihat untuk menyelamatkan Zambry. Namun bagaimana mereka yang hadir pada hari itu," katanya. Harussani seperti dilapor Berita Harian berkata, Zambry, tidak melakukan syirik dan khurafat kerana tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik. Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah. "Sesudah ini adakah bermakna siapapun boleh hadir dalam apa sahaja yang bercanggah dengan hukum Islam, asalkan tidak mempunyai niat melakukan perkara itu?," soalnya lagi. |
Tuesday, November 9, 2010
MB Kedah bidas publisiti murahan banjir BN
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa banjir kepada kerajaan pusat', lapor Harakahdaily.
Sebaliknya, beliau berkata Muhyiddin dan Umno hanya inginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.
“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.
"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya.
Minggu lalu, lebih 40,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat banjir terburuk dalam sejarah negeri itu. Malah, rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri 'lembap' dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.
Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang berkata dakwaan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir. Katanya lagi, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk mencari publisiti politik.
Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin mengunjungi kawasan banjir di Kedah.
“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (Muhyiddin) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan.
Malah, menurut beliau timbalan perdana menteri juga telah melawat tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.
“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.
“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.
Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim.
"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," sindir Azizan.
Malaysiakini
Monday, November 8, 2010
Khurafat: Zambry dinasihat segera bertaubat
Harakahdaily |
IPOH, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) menasihatkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir segera bertaubat dan mengakui kesilapannya yang terpalit dengan perkara khurafat. Menurutnya, adalah tidak wajar jika Menteri Besar Perak itu masih mempertahankannya sedangkan ianya jelas bercanggah dengan akidah umat Islam. Zambry juga jelasnya cuba mengalihkan kesilapannya meletak ancak di tiang seri rumah dengan membangkitkan isu menyalakan lilin memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang disertai Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong). "Zambry sepatutnya mengakui kesilapan dia dan segeralah bertaubat. "Perbuatan meletak ancak ke tiang seri, mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi, emas, perak, tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut adalah khurafat. "Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu," katanya. Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar rakyat Perak menjauhi amalan tersebut, atau mana-mana amalan yang boleh menggugat akidah umat Islam. "Akidah merupakan perkara teras dalam kehidupan umat Islam, jika akidah tergugat maka seluruh amalan yang lain turut tidak diterima Allah SWT," katanya. Zambry semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu dilaporkan meletak ancak di tiang seri rumah kononnya untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan. Ekoran itu juga, Dewan Pemuda PAS Perak mendesak Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Mereka juga telah menyatakan kesediaan bertemu Menteri Besar Perak itu bagi menjelaskan juga beza antara ritual yang lakukan Zambry dengan program menyalakan lilin yang disertai Nizar.
Sementara itu Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jelas mendokong amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ingin menarik perhatian Zambry berhubung kenyataan meminta pendirian mereka berikutan dakwaan terhadap perbuatan menteri besar itu yang jelas membudayakan kembali unsur syirik dan khurafat dalam amalan orang Melayu. Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri amat berbesar hati atas permintaan Zambry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan beliau kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. “Pihak kami bersedia bersemuka dengan YAB Datuk Seri bagi menjelaskan perkara tersebut,” ujarnya di dalam emel yang dihantar kepada Zambry, hari ini. Oleh yang demikian, katanya pihak Pemuda PAS negeri sedia menerima cabaran Zambry untuk menjelaskan pendirian. Bagaimanapun, tambahnya ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN). Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri menantikan persetujuan pihak Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya. Beliau menambah, jika Zambry gagal memberikan sebarang respons bermakna menteri besar itu bersetuju dengan dakwaan Pemuda PAS negeri. Bagaimanapun, ujarnya Zambry masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam. |
Sunday, November 7, 2010
Jangan pulangkan wang warga emas melalui Umno
Namun begitu pemulangan wang tersebut sekiranya benar, hendaklah dilakukan melalui pejabat daerah untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri dan bukannya melalui Umno.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng selepas meraikan majlis kesyukuran di Kampung Permatang Tepi Laut, semalam.
Menurutnya, walaupun sebelum ini Umno Pulau Pinang mendakwa mengumpulkan sejumlah wang penghargaan warga emas tetapi sehingga ke hari ini, kerajaan negeri tidak menerima senarai nama dan pengesahan warga emas mengenai pemulangan wang tersebut.
"Kita tidak pernah menghalang warga emas yang ingin memulangkan wang penghargaan tersebut, tetapi mereka haruslah menurut prosedur yang telah ditetapkan.
"Ianya harus dikembalikan kepada kerajaan negeri melalui pejabat daerah dengan menyertakan butir-butir peribadi sepertimana yang tercatat pada permohonan mereka dalam sistem daftar yang ada serta tidak melalui Umno atau saluran lain," ujarnya lagi.
Beliau juga mengingatkan warga emas supaya tidak menggunakan Umno sebagai saluran kerana parti tersebut akan mempolitikkan isu tersebut.
Tambahnya lagi, seandainya Umno benar-benar ikhlas untuk mengembalikan wang tersebut, maka tindakan terbaik yang boleh mereka ambil ialah membantu warga emas supaya menghadirkan diri ke pejabat daerah serta memadamkan nama mereka dari senarai nama penerima.
Pada minggu lalu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan mendakwa akan mengembalikan wang yang telah dikutip melalui akaun kerajaan negeri tanpa mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.
"Umno tidak boleh memasukkan wang yang mereka dakwa sebagai kutipan dari warga emas kerana tindakan tersebut adalah salah dan tidak menurut cara yang betul.
"Apa yang dibimbangi kemungkinan besar wang yang didakwa sebagai wang pemulangan dari warga emas itu bukan datang dari warga emas yang sebenarnya, tetapi dari sumber yang tidak sahih atau pun rasuah dan dari sumber yang haram," tegasnya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.
Harakah.
Saturday, November 6, 2010
ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim ditumbuk .
Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.
Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.
"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.
Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.
Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".
Malaysiakini
Thursday, November 4, 2010
BN Menang
Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.
Wednesday, November 3, 2010
Zakat Pun Rasuah ???? Ish Ish ... Apa Nak Jadi..
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.
Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.
"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.
"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.
"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/147255
Tuesday, November 2, 2010
BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. |
Monday, November 1, 2010
Yang Tak Sedap di Pandang dan Di Dengar
Apa dah jadi dengan Satu Malaysia. Bermacam macam telah berlaku. Tidak pernah berlaku sejak Tengku Abdul Rahman jadi Perdana Menteri sehinggalah Ahmad Badawi.
Selalunya ketiadaan Perdana Menteri dalam sebarang uupacara rasmi akan di gantikan atau diwakilkan kepada Timbalannya dan bukannya isteri mereka. Bila Najib jadi Perdana lain pulak jadinya. Kenapa Timbalannya diketepikan ??? .
Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.
Saturday, June 5, 2010
Rachel Corrie Dijangka Memasuki Perairan Gaza Jam 2 Petang Waktu Malaysia
Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza. Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu
"Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas," kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed kepada Bernama pada Sabtu.
Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.
Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu.
Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.
Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.
-- BERNAMA
Thursday, June 3, 2010
Jangan sertai perhimpunan esok, kata Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.
Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.
“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. — Bernama
Tuesday, June 1, 2010
Alamak -- Baru lah Najib nak Kutuk - Rakyat dah Lama kutuk
|
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu.
"Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau juga berkata "seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu".
"Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel," katanya.
Perdana Menteri berkata pada masa ini beliau juga sedang menunggu butir dan maklumat sahih mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi itu.
Sebuah daripada sembilan buah kapal kecil konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel semalam berdekatan Gaza.
Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal itu dan nasib mereka masih tidak diketahui.
- Bernama
TESCO DI SAMAN - JUAL AYAM TAK HALAL
Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.
Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.
Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.
Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.
Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.
- Bernama
Friday, May 28, 2010
ADUN Talat patah rusuk, kenderaan masuh gaung
28/05/2010 9:30pm
KUCHING 28 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Roland Sagah Wee Inn, patah tiga tulang rusuk sebelah kanan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terjatuh dalam gaung di Jalan Puncak Borneo petang ini.
Katanya, beliau percaya punca kemalangan mungkin ada kaitan dengan masalah brek kenderaan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas menerima rawatan di Unit Kemalangan dan Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, katanya, selain beliau sebagai penumpang, turut berada di dalam kenderaan tersebut ialah seorang pemandu dan tiga lagi penumpang lain tetapi kesemuanya tidak mengalami kecederaan parah.
Roland yang kelihatan tenang berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang selepas menghadiri mesyuarat berkaitan dengan tanah dengan pegawai Jabatan Tanah dan Survei dan ketua-ketua kaum selain daripada penyampaian sumbangan Gawai di sana yang berakhir pada pukul 1 petang.
"Semasa menuruni puncak tersebut, kenderaan tiba-tiba hilang kawalan dan terus terjatuh ke dalam gaung,” katanya sambil menambah semasa terjatuh tersebut kenderaan berpusing dua kali dan melanggar pokok di sekitarnya.
Beliau berkata, kenderaan tersebut berhenti berpusing apabila terlanggar salah sepohon pokok yang ada dalam gaung tersebut.
"Semasa kenderaan berpusing saya hanya mampu berdoa mengharapkan tiada apa-apa berlaku kepada semua yang berada di dalam kenderaan, nasib baik tiada yang mendapat kecederaan serius,” kata Roland.
"Selepas kemalangan berlaku, kebetulan ada kenderaan pacuan empat roda lain melalui kawasan kemalangan tersebut yang digunakan untuk acara dihadiri oleh Ahli Parlimen Mambong yang juga Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit,” tambahnya.
"Bila mereka menyedari kemalangan berlaku, usaha menyelamat dijalankan termasuk menghantar kami ke HUS pada petang ini,” katanya. - Bernama
BERITA DARI BLOGGER 2
-
Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan AS$63.9 Juta Di MIHAS, Dubai - *KUANTAN: *Pahang mencatatkan kejayaan luar biasa melalui penyertaan di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai, baru-baru ini dengan jumlah...3 hours ago
-
Ajaran sesat puja mayat - KOSMO!BANGKOK – Polis menemui 12 mayat yang digunakan oleh seorang ketua ajaran sesat dalam ritual dan program latihan pengikutnya selepas melakukan serb...4 hours ago
-
BERSIH: Mid-Term Report on UG - BERSIH’s 4,000-word Midterm Report Card on UG/PMX is here! Check out how UG scores 45.8% (D) and why Bersih ranked PMX behind PM9 & PM7 : https://bersih.or...3 days ago
-
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity” by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance and harmony - Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the wor...6 days ago
-
Ini adalah tulisan tentang self-help yang panjang berjela dan paling melalut yang anda pernah baca - Manusia duduk setempat bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan bermula sekitar 10 ribu tahun dahulu saja. Sebelum itu dalam jangka masa yang amat lam...1 week ago
-
Penyebab Sindrom Baby Blues dan Cara Mengatasinya - Bagi banyak ibu baru, kelahiran buah hati merupakan momen yang sangat membahagiakan dan ditunggu tunggu. Namun, tidak sedikit juga yang justru merasakan ...3 weeks ago
-
Hukum berkerja di bank, menyimpan wang di dalamnya, dan mengambil pinjaman bank - *Mufti Mesir: Profesor Dr Shawqi Ibrahim Allam* Tarikh fatwa: 28 Mei 2024 Nombor fatwa: 8392 *السؤال* *هل العمل في البنوك حرام؟ وما حكم الشرع في إيداع ...5 weeks ago
-
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN - *OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN* *Terengganu Strategic & Integrity Institute* 17 May 2023 *Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid* (Ketua Penganalisis Ekonomi B...1 year ago
-
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH? - *Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon *hajat* atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secar...1 year ago
-
ayam - Kisah Pandiran Semasa (Part 262) - ayam jantan.. !Sudah hampir 4 minggu tok tidak lagi mengopey pagi pagi di kedai Siah. Tok bukan merajuk, tapi tok mengam...1 year ago
-
Apa kaitan pemecatan KJ, Noh Omar dengan kejatuhan kerajaan pimpinan Anwar? - Kau orang sedar ke tidak, usaha tidak pernah jemu oleh gerombolan walaun untuk menjahanamkan kerajaan perpaduan DS Anwar tidak pernah luntur Perjalanan mas...1 year ago
-
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016. - Kenyataan Media | 𝗦𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗟𝗖𝗦 - 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan P...2 years ago
-
Sidang Nadi Rakyat akan jelajah negeri, daerah – Shamsul Iskandar - Sidang Nadi Rakyat yang buat julung kalinya berjaya dianjurkan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya hari ini akan diteruskan pada masa hadapan Pengerusi S...2 years ago
-
Nabila Huda, Awal Ashari Tibai Peguam Wakili Siti Bainun. - *SOSMED |* Pergaduhan netizens dengan barisan peguam yang mewakili Siti Bainun nampaknya turut mendapat perhatian golongan artis di negara ini. Pelakon w...2 years ago
-
BERDEMO SALAH KE BETUL - BERDEMO SALAH KE BETULEhsan Tukar TiubBILA DEMOKRASI TERPILIH PILIHNAJIB TOLAK MUHYIDIN TAPI SOKONG PN? Ehsan WFAUZDINSELAMATKAN DIRI?Empat MP Pembangkang ...3 years ago
-
Ebit Lew Henti Bantuan di Semporna, Dakwa Dihalang ke Pulau - Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini memaklumkan dia terpaksa menghentikan segala bentuk bantuan kepada penduduk di pulau-pulau Semporna, Sabah.Dalam catata...3 years ago
-
Nasihat PM Kepada YDPA Untuk Darurat Adalah SALAH - DSAI Mulakan Semakan Kehakiman! - KENYATAAN MEDIA Semalam, satu permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Dato Seri...3 years ago
-
Menteri balik dari Turki tak payah kuarantin.Dia kebal. - Nama lagi kerajaan tebuk atap.Menteri tak perlu kuarantin apabila balik dari luar negara.Rakyat perlu.Jika tidak boleh di kompaun RM1000.00.Menteri Ke...4 years ago
-
Bayi Dibaham Anjing Setelah 3 jam Lahir - [image: Bayi baru lahir 3 jam dibaham anjing di dewan bedah] NEW DELHI: Polis India bertindak menutup sebuah hospital swasta dan mendakwa kakitangannya de...4 years ago
-
BERMULA 11/01/2020 TAMATLAH SUDAH BLOG KEDAHLANIE.INFO - Sesungguh kami sudah berpindah ke link : http://kedahlaniie.blogspot.com4 years ago
-
HARI NI KITA LAYAN LAGU JE BRO.. - Rileks bro.. hari ni kita dengar lagu zaman remaja dahulu..layan nostalgia.. Politik-politik membuatkan ku jadi kurang stabil akal fikiran. membuat hati ma...5 years ago
-
PEMBANGKANG TERUS MENGHASUT, KERAJAAN PH TERUS MABUK INKLUSIF! - 1. Semakin hari penyokong Pakatan Harapan (PH) terus dilanda kerisauan, kerana pihak pembangkang khususnya dua parti; parti Totok dan parti Lebai terus men...5 years ago
-
TERKINI! U.S LANCAR PERANG KEATAS CHINA??? - Kapal AS berlayar dekat pulau tuntutan BeijingKapal pemusnah, USS Preble didakwa berlayar berhampiran pulau buatan China hari ini.WASHINGTON - Kapal perang...5 years ago
-
Selamat Tahun Baru 2019 - Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri agar ...5 years ago
-
Zaid Ibrahim Terjun Dengan Botol2nya, Biarkan.. biarkan.. - Zaid Ibrahim bukan nama kecik. Dia seorang peguam yg punya firma guaman sendiri kalau tak silap. Dia juga ahli politik yg pernah menganggotai HAMNO. Pena...6 years ago
-
Hukum gemar hisap buah dada - *Suami gemar menghisap buah dada isteri? Adakah suami menjadi mahram kerana menjadi anak susuan isteri jika terminum susunya?* Ikuti soalan dan jawapannya....6 years ago
-
Gendang dah berbunyi - SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14 iaitu pada 9 Mei nanti. Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SP...6 years ago
-
Happy & Prosperous Chinese New Year - RKRS enhanced living standard of 3,000 participants Moonson transition phase starts, public to be cautious of impact Malaysia at risk of being ...6 years ago
-
-
Maha Suci Allah dari Apa yang dipersekutukan. - Bismillahirrahmaanirrohimm. Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Esa, tuhan yang Ahad, Tunggal, tiada tuhan yang selayaknya disembah melainkan ALLAH dan temp...7 years ago
-
We are far from having anything definitive in medicines and medical treatments - Having been ingrained with 'must finish full course' for years, now we are told this. Advice to finish antibiotics is ‘incorrect’, say British scientists B...7 years ago
-
SVille Homestay Ukay Perdana Kuala Lumpur - Teletak di lokasi strategik di pinggir ibu kota, SVille Homestay yang dikelilingi kehijauan alam menggamit kedatangan anda ke sini. SVille Homestay yang ...7 years ago
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti? - Oleh *HARIS ZALKAPLI* *Lawatan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi dan ucapannya semalam memberi gambaran jelas satu kesepakatan yang diusahakan oleh Amer...7 years ago
-
Berehat sementara ... - dollahyankee - Blog dan team dollah yankee akan berehat buat sementara waktu kerana sedang bermusafir ...8 years ago
-
Panas!! Perbincangan Sulit Bocor Lagi. - Perbincangan sulit agenda mempertahankan selangor dari jatuh ketangan BN pada PRU 14 diteruskan oleh pimpinan PAS, PKR dan beberapa pimpinan PAN. Antara pe...8 years ago
-
Malam ini di UTP .. The Apai Show - "THE APAI SHOW" Karya oleh Professor Madya, Shamsul Rahman Mohamad Kutty (Dr.Shark) dan diarah oleh Pengarah Terbaik Festival Teater Johor, Dr. Mohd D...8 years ago
-
PRK Sungai Besar: Dr. Rani calon terbaik PAS untuk menewaskan Amanah. - Walaupun ramai ahli dan penyokong Pakatan Harapan tak sanggup nak mengakui tapi realitinya keputusan PAS untuk letak *Dr. Rani sebagai calon PAS untuk PRK ...8 years ago
-
"Saya Tidak Akan Lupa Krisis Perlembagaan yang Berlaku Pada 1992" - TMJ - KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengimbau kembali layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewa...8 years ago
-
Sama tapi serupa!!! - Macam-macam la pemimpin kita hari ini tak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Yang terbaru mengenai kes salahguna dana RM100 juta dari Kementer...8 years ago
-
Jom kita lihat isu ni pulak - - Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat membantu ...8 years ago
-
Jangan Nak Membongak Lah! - Aku sudah teguri Al-Tantawi melalui akaun twitter aku. Seperti biasa, ia tidak akan dibalas. Kalau ia dibalas nanti, kalian boleh masukkan ia dalam senarai...8 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...8 years ago
-
Video Terbaik !!! Himpunan Fastaqim H60K - Himpunan Fastaqim H60K yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada 17/10/2015.Kehadiran melebihi jangkaan 60K...9 years ago
-
TPPA Bakal Menyebabkan Orang Melayu Dan Bumiputera Dilayan Seperti Warga Asing - Penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan menyebabkan hak keistimewaan Melayu dan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan tidak lag...9 years ago
-
KAKI BELIT DARI UMNO BERTAMBAH MENJELANG PERHIMPUNAN - Dulu orang-orang ini kutuk Perhimpunan Bersih 4 dengan macam-macam gelaran. Sekarang orang yang sama juga memuji Himpunan Merah akan datang. Ternyata pemim...9 years ago
-
Nak Tumpang Tanya Sikit Beb... Sama Tak Maksud Tidak Munasabah Dengan Tidak Logik... Kah Kah Kah - Boleh tak beb... jika gua maksudkan Kata-Kata Datuk Ahmad Maslan 3.85 Campur 6% GST iaitu Tidak Munasabah bersamaan dengan Tidak Logik, gua cari Kamus D...9 years ago
-
PAS, PR,dan DAP 2015 - Setelah PRU 13 dan akan menghadapi PRU 14, tiba2 muktamar ke 61 memecahkan hubungan Pakatan Rakyat Copyright © 2008 Abu Muhammad Haikal! All rights reserved.9 years ago
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16)...9 years ago
-
JazakAllah Bil Khair hadirmu saudara Islamku. - *بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ...9 years ago
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas - I accept a baby bedchamber and charge to makeover it by abacus accessories, lamp, rug, blind and wanna adumbrate those annoyed affairs of cable. I aswell d...9 years ago
-
Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah - Semoga puak-puak yang suka menghentam,memfitnah dan mahu menjatuhkan Ulama dalam kepimpinan PAS sedar diri.... Ingatlah....Jebon PASMA itu tetap jebon....9 years ago
-
AWAT TAK SEDIA AWAL2 CALON alternatif? - Aku meronda sakan malam ni. Baca macam2 blog...tiba-tiba terjumpa cite tentang calon alternatif... Ini bukan idea aku..aku copy face je..best jugak... Naib...10 years ago
-
-
Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH17 - Alam semesta ini turut memberi jawapannya apabila se org lelaki Belanda Marten de Jonge secara kebetulannya terselamat dari kedua dua nahas kapalterbang MA...10 years ago
-
Kronologi Israk dan Mikraj - Kronologi Israk dan Mikraj (Ambil sedikit masa untuk baca dan kongsikan) 1. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / peru...10 years ago
-
-
Justice for Mejar Zaidi. - Dah lama saya terfikir untuk menutup saja blog MerahHitam ini kerana ISA telah mansuh dan semua tahanan telah di bebaskan. Namun setiap kali saya ingin ber...10 years ago
-
Analisa PRK DUN N.25 Kajang - Ini Keputusan RASMI Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Kajang -: Datin Seri DR. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)- 16,741 Undi (-1,445) ...10 years ago
-
Adenan Satem Diumum Ketua Menteri Sarawak Baru - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumumkan bahawa penggantinya ialah Tan Sri Adenan Satem. Taib mengumumkan demikian selepas beli...10 years ago
-
menilai hudud dengan hati munafik ....hudud tidak berjaya kurangkan jenayah, kata bekas ketua hakim negara tapi wa tengok tak de hudud pun jenayah makin menjadi menjadi bila bagi penampar kat orang lain dah bukan ancaman....!!!! - *kedua duanya syaitan.....maka mahathir adalah sifoonya* *Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hud...10 years ago
-
A MESSAGE FOR ALL - Dear Friends and members Clamouring for the Almighty The ‘Allah’ controversy rages on relentlessly in this beloved land of ours, wreaking havoc to the very...10 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK?? - baru-baru ini Ust Nik Amar yang juga calon timbalan presiden PAS, di katakan mendapat tempat di dalam utusan asbab salah seorang wartawan mereka menulis...11 years ago
-
PRICE CONTROL - Idea dari Pekerja2 PETRONAS,CALTEX kalau betul.....why not try?..... - Azman Yusof about an hour ago via Mobile · this is not scam and hot talking about political issues..just read it..tq.. PRICE CONTROL - Idea dari Pekerja2 PE...11 years ago
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....11 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
-
AJK PKR Kuala Krau melawati saya - Semalam Abang Haji Dollah dan Kak Zainunayah AJK PKR Cabang Kuala Krau datang melawat saya. Malam ini, Azmi Zainun dan isterinya dan Kin Kasim serta Nyah ...11 years ago
-
PERJUANGAN AKHIR HAYAT SI JEBAT - Setelah Jebat luka di istana ketika berlaku pertikaman dengan Tuah - Maka Tuah pun melangkah turun meninggalkan Jebat dengan keris Pamong Sari ...11 years ago
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...11 years ago
-
Doktor Muslim buka klinik percuma untuk warga miskin di Carolina, AS - Kaum perempuan di Carolina, Amerika Syarikat kini boleh mendapatkan perkhidmatan klinik percuma. Seorang doktor muslim akhirnya boleh mewujudkan mimpi untu...12 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
-
-
-
-