SHAH ALAM 26 JAN: Nik Nazmi Nik Ahmad membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersikap 'double standard' apabila tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi Dewan Undangan Negeri(DUN) Pelabuhan Klang.
Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, SPR tidak menghormati keputusan Speaker Datuk Teng Chang Khim yang melaksanakan tanggungjawab mengikut perlembangaan serta undang-undang tubuh negeri Selangor, malah dilihat berat sebelah apabila mengumumkan akan mengadakan mesyuarat khas pada
Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka.
"Kita minta SPR jujur dalam hal ini sebab perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Selangor jelas. Speaker ada kuasa, kerusi ini kosong apabila ADUN itu tidak hadir selama 6 bulan. Kalau SPR pertikai itu tak timbul. Undang-undang kita jelas. Kita hairan kenapa SPR bersikap 'double standard dalam soal
"Apabila Speaker isytihar kerusi itu kosong, kerana tidak hadir itu jelas termaktub dalam undang-undang negeri Selangor yang patut jadi bahan rujukan. Jadi SPR perlu rujuk perkara itu dan mereka kena jalankan pilihanraya, tapi mereka pula yang nak ambil alih tugas Speaker," kata ADUN Seri Setia itu.
Dalam pada itu, Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh turut menyatakan pendapat mengenai tindakan SPR yang dilihat tidak menghormati proses demokrasi pilihanraya di negara ini.
Beliau menegaskan, pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut serta wakil baru di kawasan itu.
"Mengikut undang-undang, makluman kekosongan kerusi ini terletak dibawah kuasa Speaker, jadi Speaker memang ada kuasa mengumumkan kekosongan kerusi dan dengan itu bermakna perlunya diadakan satu pilihanraya untuk memlilih wakil baru," katanya.
Badrul Hisham Abdullah sebelum ini gagal menghadiri sidang DUN sejak 15 Julai 2010. Kerusinya kosong berkuat kuasa 16 Januari lalu.

TVS News
No comments:
Post a Comment