Tuesday, January 31, 2012

Festival Fesyen Islam: Rosmah tak 'belanja sakan'

Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata kata Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.

NONEMenjawap soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Raja Rezza (kanan) berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."

Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana “aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi
secara negatif".

Kapp dalam satu kenyataan medianya, minggu lalu berkata, isteri Perdana Menteri dan rombonganyan, termasuk Raja Rezza, telah melawat kedainya dan membuat pelbagai pembelian.

Pereka fesyen kelahiran Afrika Selatan itu mengulas isu berkenaan berikutan laporan akhbar yang mendakwa Rosmah selaku penaung Festival Fesyen Islam telah berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di kedainya.


Malaysiakini

Ulasan.
Penyelamat Rosmah dah keluar .... dah lama dipertikaikan baru sekarang timbul mempertahankan Rosmah. Mungkin kena ikut skrip dari pengarahnya.

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2