Tuesday, February 21, 2012

Harussani: Nabi anjur pertahan Raja, kaum

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.



Nalaysiakini


Ulasan\
kalau kaki judi,kaki betina,kaki arak ,kaki rembat hasil bumi milik rakyat,wajib ke pertahankan?yg selalu yang didengar ulama itu pewaris nabi tak pernah pula dengar  golongan macam ini pewaris nabi.....Kecualilah Raja itu sendiri seorang ulama....

1 comment:

Anonymous said...

harusssani ,kami nak tanya pertahankan perasuah,pemfitnah macammana..eh..!mazhab yang mana ye!..

BERITA DARI BLOGGER 2