Sunday, May 20, 2012

Wan Azizah: Kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno-BN


Pemilikan saham RM30.8 juta yang didakwa diberi kepada anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin bukti kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno-Barisan Nasional, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Jika anak menteri yang berusia 26 tahun berjaya memiliki saham yang berjumlah melebihi RM30 juta, sudah pasti pelbagai persoalan bermain di pemikiran  rakyat tentang kelayakan pemilikan saham tersebut.
Wan Azizah ketika memberikan sumbangan kepada ibu tunggal di Permatang Pauh
“Kontrak kerajaan sepatutnya tidak boleh diagihkan kepada kroni atau keluarga.
“Namun begitu, jelas membuktikan Umno dan BN sudah tidak boleh dipisahkan dengan amalan tersebut,” katanya ketika berucap di majlis ‘Hi-Tea’ di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, 17 Mei lalu.
Beliau turut mengaitkan skandal  membabitkan keluarga wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil menyalahgunakan dana RM250 juta yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) milik suami dan anak-anaknya.
“Menteri dan keluarga mereka, merasakan apa yang menjadi milik kerajaan adalah milik keluarga.
“Apabila pendedahan dibuat, bukannya tindakan diambil terhadap pembongkaran tersebut, sebaliknya pemberi maklumat pula diambil tindakan, ” ujarnya merujuk tindakan yang dikenakan ke atas seorang kerani Bank baru-baru ini.
Beliau juga berkata, adalah sukar untuk mempercayai keadilan akan wujud dalam siasatan berhubung skandal membabitkan pimpinan Umno dan kerajaan, melainkan parti itu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam majlis yang sama Wan Azizah juga menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan yang tidak bernasib baik dalam Parlimen Permatang Pauh.

keadilan daily

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2