Sunday, January 13, 2013

GAMBAR DI AFRIKA ATAU DI MALAYSIA ?


Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih,


Apabila melihat gambar himpunan ini dan orang ramai menyerbu lori yang agih beras ia seumpama gambar gambar rakyat miskin di Eutopia dan negara negara yang kebuluran serta khemah-kehmah pelarian. Tiap kali misi bantuan makanan dari negera luar sampai, mereka akan menyerbu lori yang mengagih bantuan makanan kerana mereka ini terlalu miskin dan tiada makanan untuk dimakan.

Tapi gambar ini adalah pemandangan penduduk pen
duduk warga Malaysia dan bernaung bawah kerajaan UMNO BN yang berkuasa sekian lama. Nampak sangat UMNO BN ni hanya layan rakyat macam mereka mereka di Eutophia dan negara negara lain di Afrika.

Kalau gambar serbuan orang ramai ke lori bantuan beras tu di siar di media luar negara, pasti ramai menyangka itu di Africa atau mana mana tempat yang melarat dan miskin tetapi gambar ini di Semenyih, Malaysia di bawah kerajaan UMNO. Mungkin ada yang sampai pengsan berebut-rebutkan bantuan tersebut.


Adalah lebih baik pengagihan dibuat secara sistemetik supaya ia tidak memalukan. Tak kan lah Najib atau kuncu-kuncunya tak tahu membuat cara pengagihan yang teratur.

Terasa malu juga apabila mengetahui gambar di atas diambil di Semenyih perdekatan dengan rumah ku.




 Ikhsan dari blog Mutaligat

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2