Sunday, August 9, 2015

TINDAKAN BERANI; MEMORANDUM MINTA NAJIB REHAT DISERAH KE TANGAN PM SENDIRI DI PASIR GUDANG.




Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. 

Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum.

Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi.

"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini.

"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.

Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.

"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh.

"Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya.

Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin.

"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin.

6 comments:

Rosli said...

Kami bangga dengan rakyat johor di bawah pemerintahan Sultan Johor. Kami bangga dengan Srikandi Melayu. Dulu johor juga selamatkan negara dari KJ dan pak mertua dia. Kini dari Johor juga akan selamatkan negara dari Najib Rosmah dan menteri polis.Percayalah rakyat seluruh Malaysia menantikan keberanian ini.

Rosli said...

Kami bangga dengan rakyat johor di bawah pemerintahan Sultan Johor. Kami bangga dengan Srikandi Melayu. Dulu johor juga selamatkan negara dari KJ dan pak mertua dia. Kini dari Johor juga akan selamatkan negara dari Najib Rosmah dan menteri polis.Percayalah rakyat seluruh Malaysia menantikan keberanian ini.

Unknown said...

Mohon tuan manjalara pm sy ke blog tuan satu lg bersama2 dgn syarat n terma..tq tuan

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

BERITA DARI BLOGGER 2