Friday, March 4, 2016

YANG MANA SATU ..

Yang mana satu tujuan PAN, DAP dan PKR, Jatuhkan Najib atau jatuhkan Umno. Jika semua pembangkang kecuali PAS menyokong tindakan Mahathir tentunya jatuhkan Najib dan bukannya jatuhkan Umno/BN.

Muhyuddin dan Mukriz masih berada didalam Umno dan Mahathir walau pun dikatakan sudah keluar dari Umno dia masih tetap sayangkan Umno cuma dia tidak mahu lagi Najib menjadi PM. Dan ingatlah jatuhnya Najib tidak semestinya jatuhnya Umno. Orang Umno akan bangkit mengambil alih menerajui negara. Kembali balik pada asal juga.

Tujuan pembangkang termasuk PAS pada awalnya menjatuhkan Umno dan mengambil alih pemerintahan dari Umno/Barisan. Tetapi kebelakangan ini sudah lain pulak jadinya. Menyokong menjatuhkan Najib dan diwaktu yang sama seolah olah bersetuju Umno dipulihkan.

Cuba terangkan yang mana satu tujuan sebenar.

Wednesday, March 2, 2016

TIDAK MAHU MELIHAT NEGARA DIURUS ORANG YANG BANYAK BUAT KESALAHAN

Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan terus bersuara dan mendedahkan salah laku Najib walaupun berada di luar parti UMNO.

“Saya tidak mahu melihat negara diuruskan oleh seseorang yang telah banyak melakukan kesalahan,” katanya dalam sidang media Proton Centre of Excellence, di sini hari ini.

Beliau juga menegaskan ia tidak bermakna beliau akan menyertai mana-mana parti pembangkang untuk berbuat demikian.

In kerana, Mahathir akui jiwanya masih bersama UMNO dan sebab beliau keluar parti adalah kerana ia menjadi parti milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Saturday, February 20, 2016

BODOH ATAU CERDIK ?

Terfikir juga apa yang kebanyakan orang katakan menteri menteri di Malaysia ini bodoh dan bangang. Dan saya terfikir yang mereka bukan lah bodoh seperti yang kita labelkan.
Kalau mereka bodoh mereka tak akan menjadi kaya raya. Rumah mereka berharga berpuluh juta juta, anak anak dan ahli keluarga mereka memiliki perniagaan yang mempunyai pulangan yang juta juta. 

Barang kemas isteri isteri mereka bernilai berjuta juta. Kalau bag tangan isteri pula makan harga puluh dan ratus ribu. Belum lagi pakaian dan kasut. Silap silap Imelda Marcos pun kalah.

Perhatikan juga kereta kereta yang mereka miliki. Seorang menteri dua alam mempunyai deretan kereta mewah yang tidak mungkin dapat dimiliki oleh orang orang bodoh. Belum lagi menteri menteri lain yang tidak terkira harta yang dimilikinya. 

Jadi dimana letaknya kebodohan dan ketidak cerdikan mereka. Sudah tentunya mereka mereka bijak dan pandai ? Betul kan ?... Fikirkan lah

Friday, February 19, 2016

ISI PEKERJA ASING UNTUNGKAN KRONI UMNO.


SHAH ALAM - Masalah lambakan pekerja asing di negara ini tidak selesai selagi pentadbiran kerajaan masih dikuasai Umno, kata ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari. Beliau mendakwa, ibisnesi itu memberi keuntungan berbilion ringgit kepada syarikat kroni Umno yang memiliki lesen membawa masuk pekerja asing. Katanya, keadaan itu menyebabkan Menteri Dalam Negeri bermati-matian mempertahankan kemasukan pekerja asing dengan alasan permintaan majikan. 

"Benar seperti dalam filem Tiga Abdul lakonan Allahyarham P Ramlee `Jual Orang Lagi Untung Dari Jual Minyak'. 

Setiap pekerja asing dikenendaki membayar lebih RM6,000 kepada agen untuk masuk ke Malaysia. "Sekurang-kurangnya RM500 untuk agen di negara asal dan RM1,000 untuk agen tempatan, jadi dengan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, syarikat kroni akan mendapat 1.5 billion," katanya dalam paparan di Facebook pada 15 Februari. 

Yaakob berkata, pintu masuk Malaysia begitu terbuka seo-lah tiada kawalan dan beliau menggesa pembatalan lesen terhadap warga asing dilakukan serta merta. "Kuasa menahan hanya di tangan Imigresen, namun me-reka tidak mampu untuk menahan semua hingga menjadikan Malaysia pusat longgokan pendatang asing. 

"Saya tidak nampak tindakan serius daripada kerajaan untuk mengawal pekerja asing dan penduduk tempatan menjadi mangsa," katanya. 


PETIKAN DARI SELANGOR KINI

Wednesday, February 17, 2016

ZAHID KATA RAKYAT MALAYSIA MALAS

Rakyat Malaysia memang dah MALAS. MALAS nak menyokong Barisan Nasional lagi dan pada PRU 14 nanti kami MALAS nak fikir banyak dan kami MALAS nak undi parti BN/Umno. Kami juga MALAS nak tengok menteri menteri BN yang bodoh yang memimpin Malaysia sekarang ini.

Awaslah penyakit MALAS ini mudah berjangkit dan amat susah nak diubati..

Wednesday, February 3, 2016

Datuk Seri Mukhriz Mahathir Sepatutnya Bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya memohon untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika diasak menandatangani akaun bersumpah serta hilang sokongan.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memberi "amaran" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa untuk menukar seorang menteri besar, ia bukan hanya memerlukan akuan bersumpa
Ini kerana pembubaran adalah hak menteri besar yang sedia ada untuk meminta setelah dia kehilangan sokongan.

Masalah dengan negara ini ialah Najib dilihat angkuh dan bijak kerana orang-orang yang menentang beliau tidak cekap dan lemah, - Datuk Zaid Ibrahim - Malaysiakini

Kenapa DS Mukhriz tidak bertindak sedemikian ? Mungkin dia masih sayang kan Umno kerana kalau ada Pilihan Raya tentunya BN akan bungkus

BERITA DARI BLOGGER 2