Friday, February 19, 2016

ISI PEKERJA ASING UNTUNGKAN KRONI UMNO.


SHAH ALAM - Masalah lambakan pekerja asing di negara ini tidak selesai selagi pentadbiran kerajaan masih dikuasai Umno, kata ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari. Beliau mendakwa, ibisnesi itu memberi keuntungan berbilion ringgit kepada syarikat kroni Umno yang memiliki lesen membawa masuk pekerja asing. Katanya, keadaan itu menyebabkan Menteri Dalam Negeri bermati-matian mempertahankan kemasukan pekerja asing dengan alasan permintaan majikan. 

"Benar seperti dalam filem Tiga Abdul lakonan Allahyarham P Ramlee `Jual Orang Lagi Untung Dari Jual Minyak'. 

Setiap pekerja asing dikenendaki membayar lebih RM6,000 kepada agen untuk masuk ke Malaysia. "Sekurang-kurangnya RM500 untuk agen di negara asal dan RM1,000 untuk agen tempatan, jadi dengan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, syarikat kroni akan mendapat 1.5 billion," katanya dalam paparan di Facebook pada 15 Februari. 

Yaakob berkata, pintu masuk Malaysia begitu terbuka seo-lah tiada kawalan dan beliau menggesa pembatalan lesen terhadap warga asing dilakukan serta merta. "Kuasa menahan hanya di tangan Imigresen, namun me-reka tidak mampu untuk menahan semua hingga menjadikan Malaysia pusat longgokan pendatang asing. 

"Saya tidak nampak tindakan serius daripada kerajaan untuk mengawal pekerja asing dan penduduk tempatan menjadi mangsa," katanya. 


PETIKAN DARI SELANGOR KINI

1 comment:

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

BERITA DARI BLOGGER 2