Saturday, May 9, 2009

Nasihat kepada Penggemar Warna Hitam

Pada sesiapa yang suka pada warna hitam, adalah lebih baik tukar warna kegemaran tuan dan puan. Ada berita mengatakan yang warna hitam akan diharamkan diMalaysia.

1. Kalau gemar pakai baju atau seluar hitam tukar lah warna kepada biru gelap.
2. Kereta warna hitam pergi lah sembur dengan cat warna lain.
3. Kepada sesiapa yang pakai seluar dalam, baju dalam, bra dan kain dalam warna hitam kena tukar juga kepada warna kegemaran pilihan kedua.
4. Kasut hitam - tukar kepada kasut warna lain.
5. Rambut pun kena cat warna lain selain dari hitam.
6. Elakkan menjual barang barang makanan berwarna hitam.

Yang ini aku tak tahu macam mana nak buat.. kalau dah kulit hitam macam Zambri tu bagaimana??????? Ada apa apa cadanngan ???? Dan kalau hati pun dah hitam macam salah ahli ahli satu parti politik di Malaysia ( apa ke nama nya .. lupa pulak dah ) .... bawak bawak la bertaubat....

Ini lagi susah aku nak bagi nasihat ..... kepada sadara yang berketurunan cina yang berkabung memakai baju hitam kerana kematian ... macam mana ????? .... Rasanya kena minta permit dari PDRM atau PM agaknya..

Aku tak mahu dengan memakai baju hitam akan menjadi masaalah kepada kawan kawan semua kena tahan oleh sekuriti guard yang banyak terdapat di Malaysia ini. Itu cuma nasihat ... tetapi kalau tak mau tukar terpulang lah kerana kalau terjadi apa apa kepada kawan kawan semua , jangan kata aku tak bagi nasihat.....

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2