KUALA LUMPUR:
 Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, 
hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah 
menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib
 Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik 
Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum
 hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.
Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya 
daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi
 Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai 
agamawan.
“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh 
Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. 
Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik 
Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber 
itu lagi.
Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.
“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi 
sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti
 saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian 
kat PAS.
“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya 
tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz 
tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang 
sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,”  tambah beliau.
Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja 
meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS 
tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP 
tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet 
rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.
Harakah